Friday, December 04, 2009

Jom Mujahadah !

Kadangkala hati resah gelisah tanpa mengetahui asbab ia begitu. Namun, sebagai seorang Muslim, kepada Allah s.w.t jualah kita kembali. Kemungkinan diri telah alpa dengan nikmatNya. So.......................................apa lagi??? Jom Mujahadah !!!

  • Bertegas dengan yang wajib
  • Gembirakan hati dengan solat-solat sunat
  • Say NO to HARAM !
  • Tinggal @ lupakan pada perkara-perkara yang makruh
  • Buat sedikit tetapi berterusan
  • Tak boleh buat semua jangan tinggal semua
  • Allah amat mengasihi kepada orang yang beramal bersunguh-sungguh
  • Beramal dari sedikit ke banyak
Wallahu'alam.

Trimester kedua

Memasuki trimester kedua ini dunia luar akan mulai menyedari anda sebagai si calon ibu, karena perut anda sudah mulai terlihat. Bersamaan dengan rasa mual, lemas menghilang pada akhir trimester pertama, bayi anda akan terus bertumbuh, begitu juga anda.




Perkembangan bayi anda pada bulan kehamilan 13-28 minggu (trimester ke dua)

Minggu ke 13: Panjang bayi sekitar 7.5 cm dengan trakea, paru-paru, perut,hati, pancreas, dan usus berkembang ke fungsi terakhir. Pita suara mulai terbentuk, dan tunas gigi muncul dengan 20 gigi bayi. Pada minggu ini jari tangan, telapak kaki, mulai terlihat.

Minggu ke 1 4: Pada minggu ini organ seks bayi sudah dapat dibedakan antara laki dan perempuan. Denyut jantung bayi berdetak kuat (detak jantung hampir 2X lebih cepat dari anda) dan anda dapat mendengarkannya di doktor anda. Sudah memberi respon terhadap dunia diluar rahim ibu, bayi mungkin akan bergerak bila anda mengusap perut anda, tapi anda mungkin masih belum dapat merasakannya.


Minggu ke 15: Bayi anda sudah mulai dapat mendengarkan anda, mendengarkan denyut jantung anda, suara perut anda, juga suara anda. Sekarang bayi anda sudah mulai mempunyai rambut di kepalanya, juga bulu mata dan alis. Ukurannya sekarang 114 gram dengan panjang sekitar 15cm.


Minggu ke 16: Jika anda melakukan USG saat ini mungkin anda dapat mengetahui jenis kelamin. Otot bayi sudah berkembang dan menjadi kuat. Gerakannya semakin aktif. Mula mengisap ibu jarinya, menguap, merenggangkan tubuhnya, sudah menelan-kencing dan cengukan. Pada minggu ini jika sinar terang diletakkan diperut anda bayi akan mengerakkan tangan – matanya.


Minggu ke 17: Masih banyak ruang dalam rahim anda bayi akan bergerak merasakan sekitarnya. Kulit bayi anda berkembang dan transparan. Terlihat merah sebab pembuluh darah masih terlihat jelas.


Minggu ke 18: Sekarang bayi sudah dapat mendengarkan suara dari luar tubuh anda, bayi akan bergerak atau melompat ketika mendengarkan suara keras. Otot bayi sudah dapat berkontraksi dan relaks, bayi sudah dapat menendang atau meninju. Bergerak sangat aktif , dalam minggu ini mungkin anda sudah dapat merasakan gerakan putarannya untuk pertama kali.


Minggu ke 19: Sekarang panjang bayi anda sekitar 23 cm. Jika anda belum juga merasakan bayi anda, mungkin anda akan mulai mersakan gerakannya minggu ini.


Minggu ke 20: Otot bayi anda semakin kuat tiap minggu. Jika anda masih belum dapat merasakan gerakannya, anda pasti akan merasakan gerakannya sekarang. Anda mungkin salah mengertikan gerakannya pertama kali sebagai angin, karena terasa seperti letupan gelembung-gelembung di dalam. Bayi anda bergerak sekitar 200 kali sehari , tapi anda hanya akan merasakan sedikit dari semua gerakan ini.


Minggu ke 21: Panjang sekitar 28 cm. Anda akan merasakan lebih banyak gerakan bayi anda sekarang kerana bayi makin aktif.


Minggu ke 22: Bayi anda sedar akan lingkungannya dan bayi akan merasa tenang ketika mendengarkan suara dan sentuhan anda diperut. Tubuh bayi mulai memproduksi sel darah putih. Ini penting untuk bayi dalam melawan penyakit dan infeksi.


Minggu ke 23: Panjangnya sekitar 23 cm. Sekarang ukuran kepalanya sudah sesuai dengan tubuhya . Saat ini bayi terlihat sama seperti akan lahir nanti tapi lebih kecil dan kurus saat ini. Anda dapat mendengarkan detak jantung bayi anda dengan stestoskop.(letakkan stestoskop langsung diperut anda). Pertumbuhan otak sangat cepat.


Minggu ke 24: Pendengaran bayi sudah terbentuk sempurna. Bayi akan bergerak dengan suara muzik dari luar. Bayi membentuk pola ketika saat tidur dan ketika saat bangun, anda akan merasakan dengan suatu saat bayi bergerak terus, dan saat lain tidak.


Minggu ke 25: Bayi mulai berlatih bernafas dengan menghirup dan menghembuskan cairan amnion, yang mana kadang membuat bayi cegukan—dan anda akan dapat merasakannya juga.


Minggu ke 26: Bayi sudah mempunyai lemak dibawah kulit, yang akan membantu mengontrol suhu tubuhnya pada saat lahir. Wajah dan tubuhnya secara umum akan terlihat bayi saat lahir. Panjang sekitar 28-32 cm dengan berat sekitar 680 gram.


Minggu ke 27: Matanya sudah terbuka dan melihat sekeliling untuk pertama kalinya. Bayi terlihat seperti bernafas tetapi sebenarnya bayi mengambil air bukan udara. Ini merupakan latihan yang baik untuk paru-parunya.


Minggu ke 28: Pada bayi lelaki testis akan turun ke kantung skrotum. Jaringan otak berkembang. Sekarang bayi anda dapat bermimpi.


© Dr.Suririnah- www.infoibu.com


nurwidad : anak ummi dalam perut sedang bergerak.. :)

Wednesday, August 12, 2009

Berwajah Baru

Salam kembali buat semua pengunjung blog nurwidad. Terutama sekali mestilah tuan empunya blog. Dah lama tak update disebabkan keadaan diri yang tak begitu mengizinkan. Kali ni nak cerita pasal 'berwajah baru'.

Semestinya wajah blog nurwidad dah beralih warna dan design. Saya mahukan perubahan dan emosi diri. Semoga dengan wajah baru ni dapat memberi motivasi yang lebih kepada saya. Sememangnya dalam keadaan diri yang masih di awal kehamilan, banyak dugaan yang perlu saya hadapi. Bukan sahaja saya, malah orang yang berada di sekeliling saya juga diberi ujian oleh Allah s.w.t. Saya sentiasa mendoakan agar saya dan mereka diberi kekuatan dan bantuan oleh Allah s.w.t, insyaAllah, amin.

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَجِنَا وَذُرِّيَّـتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَاماً

Monday, August 03, 2009

Gagah Semasa Hamil

Masyarakat sering mengaitkan wanita hamil dengan fenomena letih, gemuk, berat dan sebagainya. Faktor ini mungkin disebabkan wanita hamil sendiri yang menonjolkan imej sebegitu rupa di khalayak. Walhal, wanita hamil boleh tampil cergas dan “gagah” biarpun mereka sedang sarat mengandung malah terpaksa pula bekerja di pejabat seperti individu lain.
Mengandung merupakan suatu proses semulajadi yang dialami oleh wanita normal yang telah berumahtangga. Selepas persenyawaan berlaku diikuti dengan beberapa proses lahiriah, maka wanita hamil akan mengalami pelbagai peringkat sewaktu tempoh kehamilan mereka itu.
Apabila disahkan hamil, janin atau embrio dalam uterus anda akan membesar hari demi hari. Bermula daripada sekecil biji anggur ia akan membesar berkali-kali ganda hingga kadang-kadang mencecah berat lima kilogram beras. Proses pembesaran inilah yang membuatkan tubuh badan wanita hamil berubah, mengembang dan menjalani proses kematangan yang tertentu.

Selama sembilan bulan berikutnya semua organ dalam badan wanita hamil seperti hati, paru-paru, darah, payu dara, sistem penghadaman, buah pinggang, kulit dan sudah tentunya uterus akan mengalami perubahan yang besar. Perubahan ini berlaku apabila kandungan hormon dalam badan seperti progesteron bertindak balas dengan tubuh badan wanita hamil.

Soalnya, bagaimana anda ingin kelihatan gagah biarpun anda terpaksa mengusung perut yang memboyot ke sana dan ke mari? Rahsianya mudah sahaja. Anda perlu faham kitaran kehamilan anda sendiri dan berusaha untuk mengatasi segala masalah dengan bijak.

Bermulanya sebuah kisah...

Jika sebelum mengandung, perut anda kelihatan begitu ramping. Kini setelah anda mengandung sebulan, dua atau tiga bulan dan seterusnya, perut anda akan kelihatan sedikit menonjol dan berisi. Walau bagaimanapun, saiz perut ini terpulang kepada individu.

Ada wanita yang perutnya kelihatan sangat kecil malah seperti tidak mengandung biarpun sedang hamil lima bulan. Ini mungkin disebabkan faktor genetik ataupun tulang selangka mereka yang memang kecil dan molek. Tip yang boleh diamalkan di sini ialah meminta pasangan anda mengambil gambar anda bermula bulan pertama kandungan sehinggalah bulan kesembilan. Secara psikologinya, jika anda mempunyai turutan foto anda sebegini, anda mungkin tidak terasa sangat keletihan ekoran mengandung. Maka dengan sendirinya anda akan berasa selesa dan cergas sentiasa.

Hati membesar

Organ hati wanita hamil akan membesar sewaktu mengandung kerana hati terpaksa bekerja keras mengepam lebihan darah dalam badan. Pada ketika ini, denyutan jantung akan bertambah dan organ hati wanita hamil akan mengepam lebih dua liter berbanding 5 liter sewaktu tidak mengandung. Keadaan ini membuatkan anda berasa kurang selesa, lesu dan tidak bermaya sepanjang masa.

Jika anda berasa demikian, apabila anda mahu berbaring, cuba berbaring secara mengiring. Dengan berbaring mengiring, simpulan-simpulan urat dalam tubuh anda tidak menyekat perjalanan darah. Anda juga akan berasa tendangan kaki bayi anda dengan lebih jelas dan ketara.

Susah untuk bernafas

Pada trimester ketiga kehamilan, kebanyakan ibu hamil sukar untuk bernafas. Hal ini kerana perut yang membesar telah menekan diafragma dan keadaan ini menyebabkan anda sukar untuk menyedut udara dan sering kali berasa sebu pada ulu hati. Keadaan ini tidak berlarutan dan ia hanya untuk sementara sahaja. Apabila anda melahirkan bayi kelak, kesemua perasaan tidak selesa dan rasa sukar bernafas akan hilang begitu sahaja.

Walaupun kebanyakan orang menganggap ibu hamil terpaksa makan dan bernafas untuk dua orang iaitu dirinya dan anak yang dikandung, namun yang ajaibnya hal itu tidak begitu. Ibu hamil seolah-olah mendapat kekuatan untuk berhadapan dengan masalah ini.

Tip bagi kelihatan gagah dan tangkas serta tiada masalah pernafasan ketika mengandung ialah dengan mempelajari teknik-teknik bernafas dengan betul. Yoga adalah teknik senaman dalaman yang baik untuk pernafasan ibu hamil. Selain itu, Tai Chi atau Qigong dan teknik-teknik meditasi lain boleh diamalkan. Bagi wanita Islam, anda digalakkan banyak bersembahyang dan berzikir untuk mendapat ketenangan. Apabila hati tenang maka dengan sendirinya anda akan berasa mudah untuk bernafas.

Sukarnya berjalan

Dengan perut yang sudah membesar dan payu dara yang ikut membesar, anda seolah-olah hilang upaya untuk berjalan atau menaiki tangga. Kebanyakan ibu hamil akan berasa mengah dan nafas menjadi tercungap-cungap setelah berjalan agak lama dan jauh kerana anda terpaksa membawa badan yang begitu berat dengan pertambahan cecair dalam badan.

Untuk kelihatan segar dan boleh berjalan dengan cergas, elakkan daripada memakai kasut tumit tinggi yang boleh menyebabkan betis dan bahagian kaki anda terasa penat dan kejang. Pakailah kasut tanpa tumit yang lembut ataupun jika masih ingin kasut yang bertumit, pilihlah yang setinggi satu atau dua inci sahaja. Selain itu, amalan meminum susu dan sumber makanan yang kaya khasiat kalsium juga boleh menguatkan tulang dan anda tidak mudah penat jika berjalan jauh.

Bentuk payu dara lebih menawan

Jangan risau dengan penampilan diri anda yang tidak lagi menawan seperti dahulu terutamanya pada payu dara. Payu dara wanita hamil memang akan membesar sedikit sepanjang kehamilan. Jika sebelum mengandung saiz mangkuk payu dara anda ialah 34A maka sewaktu hamil, ia mungkin bertukar ke saiz mangkuk 38B atau 36C. Keadaan ini disebabkan bertambahnya pelbagai cecair dalam badan dan payu dara ekoran pertambahan bermacam-macam hormon khusus ketika mengandung.

Antara hormon-hormon tersebut ialah: 1. Estrogen - berfungsi membentuk sistem pemprosesan susu dalam payu dara2. Progesteron - berfungsi membentuk sel pengeluaran susu dan membentuk puting susu agar lebih jelas menonjol3. Prolaktin - berfungsi mengeluarkan kolustrum - susu berwarna kuning yang keluar pada minggu-minggu pertama kelahiran bayi. Ia amat kaya dengan antibodi yang bertindak menghalang bayi daripada terkena jangkitan penyakit.

Lebih menawan

Ada yang berpendapat bahawa wanita hamil kelihatan lebih seksi berbanding sebelum mengandung. Kenyataan ini ada benarnya kerana jika dulu anda terlalu kurus kini setelah hamil tubuh anda tambah berisi dengan dada dan punggung yang penuh. Di samping itu, sewaktu hamil anda akan mengalami perubahan pada warna dan tekstur kulit. Malah, jika anda mahu berjemur untuk mendapatkan kulit ‘tan’, inilah masa dan ketikanya. Malah, sesetengah wanita nampak lebih gebu kulitnya ketika hamil. Sebahagian wanita lain mungkin mendapati kulit pada wajah mereka menjadi sangat lembut.

Bagaimanapun, hal ini bergantung kepada individu. Ada wanita yang mengalami bintik-bintik hitam pada kulit wajah. Bagi wanita berkulit putih, kadang-kadang akan muncul bintik-bintik merah di wajah mereka. Manakala, wanita hamil yang berkulit hitam manis akan mengalami bintik-bintik yang lebih terang warnanya.

Dengan wajah yang ketara lembut dan gebu, anda berhak membayangkan bahawa anda adalah wanita hamil yang istimewa. Malah, rambut wanita hamil akan menjadi bertambah lebat dan bersinar-sinar. Hal ini mungkin disebabkan perubahan hormon dalam badan. Bagaimanapun, ada wanita yang mengalami keguguran rambut dalam tempoh ini.

Berfikiran positif

Walaupun tubuh anda gagah dan sentiasa cergas, namun kadangkala mental pula yang bermasalah. Ada wanita yang cergas fizikalnya tetapi lemah apabila berhadapan dengan tanggungjawab baru ataupun perubahan hormon yang berlaku sepanjang kehamilan.

Amat penting anda berfikiran positif ketika ini kerana pelbagai perubahan mendadak mungkin tidak dapat diterima oleh anda apatah lagi dengan perubahan bentuk badan. Tidak kira anda sedang hamil anak pertama, kedua ataupun yang ketujuh, anda wajar bersikap positif sentiasa. Dengan sikap yang positif dan fizikal yang cergas, anda akan kelihatan seperti “Superwoman”.

Kesimpulannya, anda sebagai wanita hamil masih boleh tampil cergas, gagah dan riang sentiasa biarpun sedang sarat mengandung. Kesemua masalah tersebut tidak sewajarnya menjadi penghalang untuk anda bergaya dan sihat seperti wanita lain dan sudah tentu sekali berhak dipanggil “SUPERWOMAN”.::

Tuesday, July 21, 2009

Anugerah & Amanah

Selamat atas kehamilan anda!

Perkembangan bayi dalam kandungan anda akan menjadi salah satu hal yang sangat menyenangkan dalam proses kehamilan ini kerana hampir semua apa yang anda lakukan memberi kesan tehadap bayi dalam kandungan anda ini. ---Mari kita melihat apa saja perkembangan dan perubahan yang terjadi pada bayi pada period awal kehidupannya.

Minggu ke 1:
Pada minggu ini, menjadi menstruasi yang terakhir sebelum kehamilan. Perdarahan terjadi dan hormon-hormon ditubuh mempersiapkan sel telur untuk dilepaskan.

Minggu ke 2 :
Uterus (dinding rahim) menebal dan siap untuk tahap ovulasi.

Minggu ke 3:
Merupakan masa ovulasi (pelepasan telur). Kehamilan terjadi pada saat ini. Pembuahan terjadi pada saat sperma dari pasangan anda bertemu dengan sel telur anda di tiub falopi. Pembuahan memerlukan waktu 4 hari, setelah telur dibuahi maka dinamakan zygote

Minggu ke 4:
Saat buat si zygote kecil untuk menemukan tempat di dalam rahim anda. Dengan berakhirnya minggu ini, anda tidak mendapat menstruasi, dan menjadi tanda pertama kemungkinan kehamilan. Pada beberapa wanita mendapatkan sedikit perdarahan dan disalahertikan sebagai menstruasi, sebenarnya perdarahan yang sedikit itu kerana implatasi dari zygote ke dinding rahim anda.

Minggu ke 5:
Ukuran bayi anda sekarang sekitar sebuah biji epal dan pada minggu ini disebut sebagai embrio. Bayi anda sudah mempunyai detak jantung sendiri, plasenta dan tali pusat sudah berkerja sepenuhnya pada minggu ini. Vesikel-vesikel otak primer mulai terbentuk, sistim saraf mulai berkembang.

Minggu ke 6:
Embrio terlihat seperti berudu. Pada minggu ini dapat mengenali kepala, ekor, tangan dan anggota badan masih seperti tunas. Pada minggu ini pembentukan awal dari hati, pankreas, paru-paru, kelenjar tiroid dan jantung.

Minggu ke 7:
Jantung sudah terbentuk lengkap. Saraf dan otot bekerja bersama untuk pertama kalinya. Bayi mempunyai reflek dan bergerak spontan (anda belum dapat merasakannya). Akhir minggu ini otak akan terbentuk lengkap.

Minggu ke 8:
Embrio sekarang berukuran panjang sekitar 25-30 mm. Lengan dan kaki sudah terbagi menjadi komponen peha, kaki,tangan, lengan, bahu. Organ reproduksinya mulai terbentuk begitu juga dengan kartilago dan tulang. Telinga luar sudah terbentuk sempurna, mata membentuk pigmen. Di dalam otak, jaringan saraf berhubungan dengan lobi penciuman di otak. Jantung sudah memompa dengan kuat dan irama teratur.

Minggu ke 9:
Pergerakan pertama fetus dapat di deteksi dengan USG. Pada minggu ini perut dan rongga dada sudah terpisah dan otot mata dan bibir atas terbentuk.

Minggu ke 10:
Tulang sudah menggantikan kartilago. Diafragma memisahkan jantung dan paru-paru dari perut. Otot leher terbentuk. Otak berkembang cepat dalam bulan terakhir ini sehingga proporsi kepala lebih besar daripada tubuh.

Minggu ke 11:
Organ seks luar sudah terbentuk, juga folikel-folikel rambut dan gigi. Bayi sudah dapat menelan cairan amnion dan mengeluarkan kembali (kencing).

Minggu ke 12:
Ukuran fetus anda sekarang sekitar 8 cm. Semua organ vital bayi sudah terbentuk. Dengan signal dari otak, otot akan merespon dan bayi sudah dapat menendang.

Akhir trimester pertama, organ-organ tubuh bayi sudah terbentuk. Rasa mual dan lelah pada anda sudah hilang. Perkembangan selanjutnya anda akan melihat pertumbuhan bayi (dan juga anda) lebih besar.

© Dr.Suririnah- www.infoibu.com

Tuesday, July 14, 2009

Kisah Tauladan... Sambungan Entry "Pengalaman"

Segala puji bagi Allah yang telah memberikan kesempatan buat diri ini menulis kisah tauladan yang telah diceritakan semasa menjalankan taklifan beberapa minggu yang lepas. Kisah ini ingin saya coretkan untuk simpanan peribadi saya juga di masa-masa akan datang selain daripada untuk tatapan pengunjung blog saya. Jom kita renungi dan mengambil 'ibrah (pengajaran) daripada kisah-kisah yang dipaparkan.

KISAH 1: KERANA SEBIJI EPAL

Di sebuah pekan kecil bernama Jilan, tinggal seorang pemuda bernama Abu Salleh, yang berasal dari keturunan Imam Hasan r.a. Pada suatu hari ketika sedang leka bertafakur memikirkan kebesaran Allah SWT di tebing sebatang sungai, beliau ternampak gugusan buah epal yang dihanyutkan oleh arus sungai tersebut.

Menyedari keadaan dirinya yang sangat lapar kerana telah beberapa hari tidak menjamah makanan, tanpa berfikir panjang beliau pun mengambil sebiji epal dari sungai itu lalu dimakan.

Tiba-tiba timbullah rasa kesal dalam hatinya kerana menyedari bahawa beliau telah memakan epal tersebut tanpa izin tuannya. Lalu Abu Salleh berjalan menyusur sungai tersebut hinggalah beliau ternampak sebatang pohon epal yang lebat buahnya dan batangnya berjuntaian di tepi sungai tersebut. Yakinlah Abu Salleh bahawa inilah pohon yang dicari, maka beliau pun segera menemui pemilik pohon epal berkenaan.

Tatkala melihat Abu Salleh memohon maaf hanya kerana termakan sebiji epal yang dihanyutkan oleh arus sungai, yakinlah pemilik pohon tersebut bahawa Abu Salleh adalah seorang pemuda yg wara’. Pemilik pohon itu sebenarnya adalah seorang wali yang amat disegani di kawasan itu yang berasal daripada keturunan Imam Husin r.a, dikenali sbg Syeikh Abdullah.

Beliau tertarik pada keikhlasan dan ketaqwaan Abu Salleh lalu berhasrat untuk mengujinya dengan mengenakan syarat agar Abu Salleh bekerja di ladangnya selama 12 tahun. Tanpa banyak soal Abu Salleh pun bersetuju dengan syarat tersebut. Setelah tamat tempoh 12 tahun, sekali lagi Abu Salleh berjumpa dgn Syeikh Abdullah untuk memohon maaf atas peristiwa lalu.

Kali ini Syeikh Abdullah bersetuju tetapi beliau mengenakan syarat baru kepada Abu Salleh. Syeikh Abdullah bersedia memaafkan Abu Salleh seandainya beliau menikahi puterinya, seorang yang digambarkan sebagai lumpuh, buta, tuli dan bisu. Apabila memikirkan balasan yang bakal diterima di kemudian hari seandainya tidak memperoleh kemaafan daripada Syeikh Abdullah, Abu Salleh redha dan bersetuju untuk menikahi puteri Syeikh Abdullah.

Pada malam pernikahan tersebut, Abu Salleh masuk ke kamar tidur dan memberi salam kepada isterinya. Melihat seorang wanita yg cantik berada di dalam bilik itu, Abu Salleh segera beredar menuju ke tempat Syeikh Abdullah kerana menyangkakan ada wanita lain yg menceroboh masuk ke dalam kamar tidurnya. Syeikh Abdullah lantas tersenyum dan berkata: “Wahai Abu Salleh, memang itulah puteriku, Ummu Khair Fatimah. Ku katakan dia lumpuh kerana dia tidak pernah menjejakkan kakinya ke tempat maksiat, buta kerana tidak pernah melihat perkara haram, tuli kerana tidak pernah mendengar perkara khurafat dan bisu kerana tidak pernah menuturkan sesuatu yg sia-sia.”

Bersyukurlah Abu Salleh atas anugerah yg tak terhingga, hikmah daripada sifat sabar dan redha terhadap ujian Allah SWT ke atas dirinya. Hasil dari perkahwinan pasangan yang soleh ini lahirlah seorang wali Allah yg amat masyhur dari keturunan Rasulullah SAW, yang bernama Syeikh Abdul Kadir Jailani. Beliau amat dikenali dengan gelaran “Mahyuddin” bermaksud “Yang Menghidupkan Agama”.

KISAH 2: AHLI SUFI YANG DIPENJARA

Zun Nun Al-Misri, seorang ahli sufi telah dipenjara oleh pemerintah di zamannya. Ketika di dalam penjara tersebut, beliau tidak mahu menjamah sebarang makanan yang diberikan oleh pihak penjara. Mendengar akan berita sedemikian oleh anak-anak muridnya, mereka yang amat memahami akan sifat guru mereka, maka beramai-ramailah anak murid Zun Nun Al-Misri memasakkan makanan untuk dihantar ke penjara.

Untuk pengetahuan semua, Zun Nun Al-Misri tidak juga menyentuh makanan yang telah disediakan oleh anak-anak muridnya sehinggalah beliau pengsan akibat tiada tenaga lagi. Ketika beliau terjaga daripada pengsan, anak-anak muridnya pergi menemui guru mereka untuk bertanyakan akan hal mengapa makanan yang dimasak oleh mereka tidak juga dijamah.

Apakah jawapan Zun Nun Al-Misri? Beliau menegaskan bahawa, "aku tidak menjamah makanan yang diberikan oleh pihak penjara kerana aku tahu, mereka bukanlah dari kalangan yang benar-benar menjaga syariat agama, dan aku tidak pula menjamah makanan yang kamu berikan melalui mereka kerana yang membawa makanan tersebut kepadaku ialah pengawal penjara. Dia juga termasuk dari kalangan yang tidak menjaga agama. Baru sekarang aku dapat menjamah makanan kerana kamu sendiri, anak-anak muridku yang memberikannya kepadaku".

Bagaimana sahabat-sahabat sekalian? Begitulah keadaannya seorang ahli sufi yang wara', begitu menjaga syariat agama.

KISAH 3: PEMIMPIN CONTOH

Ketika zaman pemerintahan Khalifah Umar Al-Khatab, beliau terkenal sebagai seorang Amirul
Mukminin yang bersifat berani dan tidak gentar dalam menegakkan kebenaran agama Islam juga seorang yang tegas dan adil.

Semasa dalam melaksanakan tugas dan amanah sebagai seorang pemimpin, beliau yang sedang membahagikan minyak-minyak untuk diagihkan kepada rakyat di bawah kepimpinannya, cucu-cucu beliau juga turut serta berada di tempat pembahagian minyak dilakukan. Menjadi kebiasaan kanak-kanak, suka bermain dan mencuba sesuatu yang menarik bagi mereka.

Di situ terdapat satu tong besar minyak yang telah diagihkan ke dalam tong-tong kecil untuk rakyat Saidina Umar Al-Khatab. Salah seorang cucu Amirul Mukminin telah menyapu tangannya ke dalam tong tersebut yang masih berbaki di tepi-tepinya lalu menyapu tangannya yang berminyak itu ke rambut. Ibarat meminyakkan rambut.

Menyedari akan hal sedemikian, maka Saidina Umar Al-Khatab terus pergi mendapatkan cucunya. Apakah yang akan dilakukan oleh Saidina Umar? Baginda terus sahaja membotakkan kepala cucunya kerana Saidina Umar menyatakan bahawa adalah tidak layak keturunan beliau mendapat hak yang tidak sepatutnya, iaitu minyak tersebut adalah hak rakyat di bawah kepimpinannya yang memerlukan.

KESIMPULAN

Begitulah 3 kisah yang boleh saya kongsikan bersama-sama pengunjung blog ini. Semoga dengan sedikit usaha dan perkongsian bersama ini, akan memberi manfaat buat kita menjalani kehidupan yang penuh dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Apabila berkata tentang "dunia", teringat saya akan satu kisah yang disampaikan oleh sahabat seperjuangan.

Kisah seorang raja yang menawarkan kepada ilmuan-ilmuan dan ulama'-ulama'di bawah pemerintahannya agar menceritakan akan hal perihal dunia. Maka, duduk berbincang dan bermesyuarahlah para ahli ilmuan dan ulama' untuk membentangkan kepada raja mereka.
Sampai masa yang telah ditetapkan, mereka pun membawa buku-buku yang mereka tulis berkenaan hal perihal dunia dengan menggunakan 7 ekor unta. Raja berkata, "Beta tidak mampu untuk membacanya, ringkaskan".

Seterusnya, beberapa tahun kemudian, mereka datang lagi dengan ringkasan buku menggunakan seekor unta. Raja berkata, "Beta tidak mampu untuk membacanya, ringkaskan". Pulanglah para ilmuan dan ulama' dengan arahan raja mereka. Diringkaskan lagi cerita mengenai hal perihal dunia menjadi sebuah buku agak tebal. Dipersembahkan kepada raja mereka, dan kejadian yang sama berulang. Dititahkan pulang semula untuk diringkaskan.
Kemudian, sebuah buku yang tebal itu diringkaskan menjadi buku yang nipis. Raja berkata, "Beta tidak mampu untuk membacanya, ringkaskan". Akhirnya, hasil perbincangan para ilmuan dan ulama', mereka persembahkan hanya satu perkataan yang boleh menggambarkan hal perihal dunia. Raja bertitah, "Apakah dia?". Mereka menjawab, "susah". Begitulah gambaran dunia. Selepas kejadian tersebut, raja mereka pun mangkat.

“Muhammad itu hanyalah seorang Rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang Rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad). Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikit pun, dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur”.
(Surah Ali Imran : ayat 144)

UPT

Periksa kehamilan (UPT) Pemeriksaan kehamilan (urine pregnancy test atau UPT) menggunakan air kencing adalah cara menentukan kehamilan yang popular kerana ia :
· mudah dilakukan
· mudah didapati
· murah (dari RM 5.00 ke atas sahaja)
· ada 'privacy'
· keputusan segera

Perkara-perkara yang perlu disediakan:
· Alat untuk menguji air kencing.

Ada beberapa jenis di pasaran dengan harga serendah RM 5.00 untuk setiap unit.
o Setiap alat ini hanya boleh digunakan sekali sahaja.
o Ada 3 jenis utama :
§ Sehelai kertas yang anda celupkan di dalam air kencing yang telah ditakung.
§ Alat yang memerlukan anda menitis beberapa titisan air kencing ke atasnya
§ Alat yang tidak perlukan anda menakung air kencing, sebaliknya hanya mengenakan bahagian tertentu alat tersebut pada air kencing semasa anda membuang air kecil.

· Air kencing.
o Penggunaan air kencing yang pertama pada pagi hari adalah yang terbaik kerana kandungan hormon yang paling tinggi dalam air kencing pada masa tersebut.

PERSOALAN-PERSOALAN YANG SERING DITIMBULKAN

Tepatkah keputusan yang diperolehi ?
Ketepatan ujian ini adalah dalam lingkungan 97% sekiranya teknik yang dilakukan adalah mengikut arahan yang diberikan. Sila baca arahan yang ditulis pada label produk sebelum melakukan ujian tersebut.

Macamana boleh timbul line / garisan pada alat tersebut ?
Garisan yang terbentuk adalah hasil tindakbalas hormon yang ada di dalam air kencing dengan antibodi yang telah diletakkan di atas kertas.

Apa makna garisan-garisan yang keluar tersebut ?
Garisan yang paling hampir dengan tempat air kencing anda diletakkan memeriksa kandungan hormon di dalam air kencing anda. Kehadiran garisan di tempat ini menunjukkan bahawa anda hamil. Manakala garisan yang terletak lebih jauh daripada tempat air kencing diletakkan bertindak sebagai 'control' untuk memastikan bahawa peralatan yang anda beli itu dalam keadaan yang baik. Sekiranya ada dua garisan yang muncul, anda disahkan mengandung. Sekiranya hanya satu garisan sahaja yang timbul, iaitu di garisan 'control', anda tidak mengandung.Sekiranya tidak ada langsung garisan yang timbul, alat yang anda beli tersebut mungkin tidak berfungsi dengan baik. Dapatkan gantian dari tempat anda membelinya.

Apakah hormon yang dikesan ?
Hormon yang dikesan kehadirannya di dalam air kencing dinamakan human chorionic gonadotropin (hCG). hCG juga sebenarnya boleh diukur di dalam darah, tetapi ia perlu dilakukan di makmal. hCG dalam badan manusia hanya dihasilkan oleh plasenta. hCG dari plasenta ini dikeluarkan sebaik sahaja telur yang telah disenyawakan berada di dinding uterine. Alat UPT yang sensitif boleh mengesan kehadiran hCG di dalam air kencing seawal 8 hingga 9 hari setelah proses ovulasi (pengeluaran telur). Kandungan hCG dalam plasma darah meningkat dua kali ganda setiap sekurang-kurangnya 2 hari. Ia akan mencapai takat maksimum pada hari ke 60 atau 70. Selepas hari tersebut, kandungannya akan menurun dalam masa lebih kurang 10 minggu. Kandungan hCG akan berada di tahap tersebut sepanjang anda mengandung. Kandungan hCG juga mungkin masih boleh dikesan sehingga sebulan dua selepas melahirkan bayi.

Bilakah saya boleh melakukan ujian kehamilan ini ?
Alat yang ada di pasaran berupaya mengukur kandungan hCG di dalam air kencing serendah 20mIU/ml. Kandungan sebanyak ini boleh dikesan dengan baiknya dalam masa sehari dua selepas anda tidak datang haid pada hari yang sepatutnya.

Haid saya tidak menentu, bagaimana saya ingin memastikan hari sepatutnya haid saya datang supaya saya boleh melakukan ujian ini ?
Anda harus merujuk kepada kitaran haid yang paling panjang sekiranya kedatangan haid anda selalunya tidak menentu. Gunakannya sebagai pengukur dan lakukan ujian sehari dua selepas tarikh tersebut. Sekiranya anda tidak berpuas hati kerana jawapannya negatif (tidak mengandung), lakukan ujian kedua selepas beberapa hari atau seminggu dari tarikh ujian pertama.

Apa yang perlu saya lakukan sekiranya keputusan ujian menunjukkan saya mengandung ?
Anda patut merujuk kepada doktor sakit puan dengan segera dan mengambil langkah-langkah yang perlu seperti pengubahsuaian dalam cara kehidupan seharian anda.

Keputusan ujian saya positif (saya mengandung) tetapi haid saya keluar !
Sekiranya anda mengalamai keguguran yang awal, ada kemungkinan kandungan hCG masih
boleh dikesan, menyebabkan keputusan ujian positif. Anda juga dinasihatkan mendapatkan rawatan lanjut dan melakukan ujian lanjutan dengan segera.

Apa yang perlu saya lakukan sekiranya keputusan ujian menunjukkan saya tidak mengandung ?
Anda dinasihatkan melakukan ujian lagi dalam masa seminggu sekiranya haid anda masih juga tidak datang. Sekiranya keputusan yang sama diperolehi, iaitu anda tidak mengandung, anda dinasihatkan mendapatkan rawatan dengan segera. Ada beberapa keadaan kesihatan yang menyerupai kehamilan tetapi memberikan keputusan yang negatif seperti ovarian cysts, pendarahan tanpa ovulasi, dysfunctional uterine bleeding, pelvic inflammatory disease (PID), polycystic ovary disease, kanser ovarian dan menopause. Sila rujuk kepada doktor sakit puan anda segera.

Bagaimana sekiranya saya membuat ujian dan ia negatif, tetapi kemudiannya saya melihat garisan yang agak malap muncul pada kertas ujian tersebut ?
Anda mungkin mengandung. Kandungan hCG yang rendah menyebabkan kehadiran garisan tidak begitu terang. Anda perlu membuat ujian lagi sekali. Anda juga perlu membaca arahan yang diberikan dengan teliti. Sebagai contoh, anda diperlukan menitik sebanyak 3 titis air kencing, tetapi anda mungkin hanya menggunakan 2 titis sahaja. Begitu juga, anda mungkin tidak menggunakan air kencing pada waktu yang disarankan.

Sekiranya saya tidak menggunakan air kencing pada waktu pagi, adalah keputusan yang didapati itu tepat ?
Kandungan hormon yang tinggi adalah dalam air kencing pertama pada waktu pagi. Ini memberikan keputusan ujian yang terang. Sekiranya anda tidak boleh melakukannya pada masa tersebut, anda boleh mengambil air kencing pada masa-masa lain. Bagaimanapun anda dinasihatkan tidak membuang air kencing 4 jam sebelum ujian dilakukan. Anda juga dinasihatkan tidak mengambil air terlalu banyak kerana ia mencairkan air kencing, oleh itu kandungan hCG juga menjadi cair. Adakah pengambilan ubat-ubatan akan mempengaruhi bacaan ? Ubat-ubatan yang mengandungi hCG akan menyebabkan keputusan positif yang palsu. Sila tanyakan doktor atau ahli farmasi. Adakah kemungkinan saya mengandung tetapi keputusan ujian saya negatif. Ada kemungkinan, walaupun sangat jarang berlaku. Sekiranya anda percaya anda mengandung walaupun ujian kehamilan UPT menunjukkan anda tidak, dapatkan nasihat lanjut dari doktor sakit puan anda.

Selain daripada menentukan kehamilan, bolehkah UPT menentukan kehamilan yang normal ?
Tidak, ujian UPT hanya mengesan hCG yang dikeluarkan oleh plasenta. Ia tidak mengesan ketidak-normalan di dalam kehamilan seperti kehamilan di luar rahim, dsb. Ini kerana kehamilan seperti ini juga menghasilkan hormon hCG yang sama.

Tuesday, July 07, 2009

Bila Isteri Merajuk...

Bila dia merajuk...
Pandai-pandailah memujuk
Buka telinga, tajamkan deria
Dengar, amati suaranya
Teliti dengan hati terseni
Rasional atau emosi?

Kalau ternyata daripada emosi
Belailah emosi itu
Jangan dihadapi secara rasional
Mereka tak akan terdaya mengunyah hujjah
Berilah seribu sebab
Lengkap dengan perangkaan saintifik
Atau dokumen saintifik
Namun...

Mereka tetap melulu
Kerana fikiran sudah berjerebu

Sebaliknya perhaluskanlah kata,
Perindahkan bahasa...
Jinakkan perasaan
Hadiahkan senyuman
Dan kalau itu masih gagal
Gunakan sentuhan
Semarakkan belaian.
Masih gagal juga?

Tunggu sahaja rajuknya reda
Emosi isteri bagai riak-riak air di dalam cawan
Jangan digoncang...
Buat selamba
Lambat laun gelombang akan tenang
Air di cawan kan kita minum jua

Tapi awas kalau ternyata
Merajuknya berfakta
Masamnya berdata
Malah ilmiah pula
Ini rajuk taraf tinggi
Yang perlu ditangani berhati-hati.

Kalau ternyata benar
Apa salahnya kita terima
Diam dan koreksi diri
Mengaku dan kemudian berjanji
Tidak akan mengulanginya lagi
Tidak kalah, dengan mengalah

Katakan,
"Sayang...abang alpa"
Bisikkan,
"Darling, I lupa..."

Kemudian hulurkan tangan, pintalah kemaafan
Pendekatan Cassanova, tapi hati suci
Kadang-kadang dengan sedikit memberi
Kita akan banyak menerima
Merajuk isteri seperti mangga muda
Perisanya masam tetapi...
Kalau kena cicahnya
Enaknya akan terasa
Ingat, api yang panas
...Padam oleh salju yang dingin

-Pahrol Md Juoi -

Sumber: http://klinikummi.blogspot.com

NURWIDAD : Tiada kena mengena dengan perasaan pemilik blog sekarang ya...sekadar berkongsi ilmu dengan semua (^_^)


Monday, July 06, 2009

Pengalaman

Salam perjuangan, salam mahabbah...semoga Allah s.w.t sentiasa merahmati dan meredhai perjalanan hidup kita. Sesungguhnya amat besar anugerah yang dikurniakan oleh-Nya kepada kita, hamba yang lemah dan hina. Selagi roh masih di jasad, nikmat pemberian-Nya cukup banyak. Hanya hambanya yang bersyukur atas nikmat itu mampu menjadi hamba yang tidak lupa kepada Rabb-Nya. Semoga diriku tidak alpa dengan nikmat kurniaan Allah s.w.t kepadaku.

Ya Allah, Engkau ampunkanlah kesalahan-kesalahan ku.

Bukan sahaja keredhaan Allah yang kita perlu raih, malah dek kerana keredhaan ibu dan ayah juga tak lupa keredhaan seorang suami kepada isterinya juga amat penting untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t. Sekiranya mereka tidak redha, maka Allah s.w.t juga tidak akan redha. Nauzubillahi minzalik. Semoga kita menjadi insan yang diredhai.

Telah berlalu hari Sabtu yang lepas, 4 Julai 2009, saya telah ditaklifkan oleh sahabat untuk memberi sedikit tazkirah buat sahabat-sahabat seperjuangan dan rakan-rakan sahabat yang lain. Sampai sahaja di tempat yang telah dijanjikan saya gementar dan terkejut. "Ramainya orang yang datang. Ganti orang lainlah macam ni. Adoi, dah la tak pandai sangat ni.." kata hati saya bermain-main. Namun, langkah kaki diteruskan juga. Mengambil semangat dengan memikirkan bahawa ini tugas yang telah diamanahkan dan perlu dilaksanakan juga dengan sebaik mungkin. Bersyukur di atas sedikit persediaan yang telah saya lakukan sehari sebelum kejadian, menjadikan saya rasa boleh cuba yang terbaik walaupun saya tahu, saya akan gementar.

Bermula dengan respon yang biasa-biasa sahaja kerana suara saya gementar dan tajuk yang di bawa adalah berkisar tentang akhlak menurut Islam dan perlunya menjadi orang yang wara'. Cuba diteruskan, namun melihat kepada pendengar yang sudah mula hilang tumpuan, saya beralih pendekatan dengan bercerita kisah para sufi dan tokoh ilmuan Islam. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, pendekatan agak berjaya bagi saya. 3 kisah telah saya sampaikan. InsyaAllah, di lain kesempatan, saya ingin memasukkan di dalam entry yang akan datang.

Semoga usaha kami yang hadir pada program tersebut diberkati dan diredhai oleh Allah s.w.t. Ilmu yang bermanfaat adalah lahir daripada hati dan jiwa yang bersih.

Allah Ya Fatah.. Allah Ya Rahman
Seburuk apa kejadian yang menimpa kita, sesulit apa persoalan yang membelit kita..Akan ‘selalu’ ada pertolongan Allah, bagi orang-orang yang percaya pada kuasa Allah, tidak pernah putus asa dan terus berikhtiar mencari jalan keluar, terus bertaqwa di jalanNya.
Keep Iman & Taqwa


Monday, June 29, 2009

Moga Dirahmati Allah

Almarhum Syeikh Dr Fathi Yakan


Beliau baru sahaja meniggal dunia pada 13 Jun 2009 yang lalu. Seorang tokoh gerakan Islam, ilmuan serta pemikir Islam yang berjasa. Amat popular dengan buku beliau "maza ya'ni intimai Ila Islam" (Apakah erti saya menganut Islam). Beliau yang dimaksudkan adalah Dr Fathi Yakan. Al-Fatihah.

Daripada Allah kita datang, kepada Allah jua kita kembali. Setiap yang hidup pasti akan menemui sebuah kematian. Oleh yang demikian, kita perlu menyiapkan diri dan bersedia untuk menemui saat yang telah ditakdirkan. Bagaimana keadaan dan bilakah masanya giliran kita, itu adalah di bawah kekuasaan Allah s.w.t.


Bagi mereka yang sentiasa ingat kepada kematian, pasti tidak akan melakukan perkara yang dilarang Allah s.w.t dan akan menghiasi diri dengan akhlak mahmudah. Sungguh, mengingati mati menyebabkan hati kadangkala tidak senang duduk, bila teringatkan dosa dan kesalahan yang pernah dilakukan. Namun, Islam mengajar umatnya bertaubat. Memohon ampunan daripada Allah s.w.t Yang Maha Pengasih lagi Maha Penerima Taubat.


Bilakah giliranku? Bagaimanakah kematian menjemputku?


"Ya Allah, Engkau ampunilah hambaMu yang lemah dan hina ini. Rahmati dan berkatikanlah hidupku. Matikanlah aku di dalam husnul khotimah, pengakhiran hidup yang baik dan jangan Engkau matikan kami dengan pengakhiran yang buruk."


Amin Ya Rabbal 'Alamin.

Thursday, June 25, 2009

Pemakanan Betul Elak Perut Buncit

SEMUA wanita pasti mengidamkan perut yang kempis dan bebas dari sebarang benjolan lemak. Namun, pemakanan dan gaya hidup hari ini yang semakin diabaikan, ramai wanita mengalami masalah perut buncit. Ada enam panduan boleh dicuba wanita yang impikan perut kempis.

Caranya adalah:

1. Lengkapkan hidangan harian dengan sekurang-kurangnya semangkuk buah-buahan. Vitamin yang terkandung dalam buahan segar bukan saja baik untuk kulit malah mengandungi fiber untuk melancarkan sistem perkumuhan.

2. Minum banyak air kerana air tidak mengandungi kalori tapi bersifat mengenyangkan dan melancarkan sistem metabolisme tubuh.

3. Hindari minuman beralkohol. Ia mungkin tidak mengandungi lemak namun mempunyai kandungan kalori yang tinggi. Minuman beralkohol juga menyebabkan peningkatan pengeluaran hormon kortisol menyebabkan perut bahagian bawah menjadi buncit. (Ini memang dah HARAM ye dalam ISLAM....)

4. Amalkan cara duduk tegak kerana apabila duduk dalam keadaan membongkok, perut bahagian bawah akan kelihatan lebih besar. Untuk melatih otot sentiasa kencang, amalkan mengemut otot perut ketika sedang duduk. Kemudian tarik bahu ke belakang dan dagu ke atas. Sandarkan punggung bawah dekat pada penyandar kerusi. Amalan ini membantu membaiki postur badan anda.

5. Lakukan semua kerja rumah sendiri seperti membersihkan rumah, mengemas kamar tidur atau ketika menonton televisyen, anda boleh melakukan aktiviti mengangkat beban. Ia bukan saja dapat membakar 350 kalori sejam tapi turut membakar lemak yang berkumpul pada perut anda.

6. Lakukan senaman latih tubi di rumah ketika mempunyai waktu terluang. Caranya sangat mudah sama ada ketika atau sebelum tidur. Cukup sekadar 10 hingga 15 kiraan setiap hari.




sumber: http://www.bharian.com.my/
http://inadiena.multiply.com/journal/item/42

Tuesday, June 23, 2009

Nota Untuk Abah & Mak...(^_^)

Assalamualaikum w.b.t....bersua kembali untuk penulisan kali ini yang berkisar tentang Hari Bapa. Selamat Hari Bapa untuk semua lelaki yang bergelar seorang bapa, ayah, papa, abi, daddy mahupun abah dan lain-lain.

'Abah' adalah panggilan saya adik beradik di dalam keluarga. Kini, umur abah sudah mencecah 63 tahun. Emak saya pula berumur 49 tahun. Saya sayang abah saya. Saya sayang mak saya.

My beloved family...
Tahun 2009 ni ada 3 orang ahli baru :)
Aqeel Haziq (anak saudara), Ubaidah (kak ipar)
dan Awis Kharni (suami tersayang)


Saya & suami tersayang


Abang Jo & Kak Ubaidah (kak ipar)


Aqeel Haziq Bin Mohamad Hirzan (4 bulan)

Ungkapan kata-kata bagaimana lagi hendak diucapkan buat mak dan abah kerana tiada kata-kata yang boleh menandingi jasa, pengorbanan dan kasih sayang mereka buat kami adik beradik. Namun, walau bagaimana pun, sebagai seorang anak, kami sentiasa mendoakan kesejahteraan mak dan abah.

"Ya Allah, Engkau ampunkan lah dosa-dosa kedua ibu bapaku dan Engkau kasihanikan lah mereka seperti mana mereka mengasihaniku sejak ku masih kecil.

Ya Allah, Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku, peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah, Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku, atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku, jadikanlah itu semua penyebab hilangnya dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah, hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda".

Amin Ya Rabbal 'Alamin.


Monday, June 22, 2009

Tiada Perubahan

Assalamualaikum w.b.t....sudah lama saya tidak mengeluarkan entry terbaru untuk blog saya. Agak bosan melihat tiada perubahan apabila membuka blog. Oleh kerana beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan, saya tidak dapat meng'update' blog ini. Dek kerana kekangan peluang dan ruang untuk menulis. Hanya sekadar mengubah aktiviti terkini Nisa' Kawasan Lumut (link).

Tahniah kepada mereka yang berusaha untuk mewujudkan blog Nisa' Kawasan Lumut. Semoga amalan baik ini diberkati Allah s.w.t.

Tahniah team Nisa' Kawasan Lumut !
~Connecting Youth~

Tuesday, June 09, 2009

Tahniah ! Mabruk ! Congratulations !

"Keberkatan Allah ke atas kamu, semoga Allah memberkati kamu dan menyatukan kamu dalam kebaikan" ~Siti Nadiah & Mohd Saifol Amri~



Tahniah ! Mabruk ! Congratulations !

Begitulah ungkapan khas ditujukan buat sahabat saya, Siti Nadiah Bt. Mohd Ali bersama pasangannya, Mohd Saifol Amri yang baru sahaja selesai melangsungkan majlis akad nikah dan walimatul urus pada 7 Jun 2009. Merafa'kan kesyukuran kehadrat Allah s.w.t di atas kurniaan pasangan yang soleh/solehah insyaAllah.

Saya tidak dapat hadir ke walimatul urus beliau di atas kesulitan yang tidak dapat dielakkan. Namun, doa tetap diutus buat sahabat yang dikasihi, moga kekal bahagia hingga ke syurga, amin.

Ramai sahabat-sahabat yang lain hadir ke sana. Majlis yang berlangsung di Negeri Sembilan, hanya dapat dirasai kemeriahannya dengan menatap gambar yang dikirim oleh sahabat yang dah lama tak jumpa, cik Shafiza. Rindu pada kalian semua. InsyaAllah, kalian juga akan mengikut langkah tuan rumah bila sampai masanya nanti. Amin.

Syukran Fiza...(gambar asal)

“ Semoga Allah menghimpunkan yang terserak dari keduanya, memberkati mereka berdua dan kiranya Allah meningkatkan darjat keturunan mereka menjadi pembuka rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa aman bagi umat “Doa Nabi Muhammad pada hari pernikahan puterinya Fatimah Azzahra dengan Ali bin Ali Talib

Rasulullah SAW bersabda mafhumnya :" Manusia Hawa dijadikan daripada rusuk manusia Adam, bukan dari kepalanya untuk menjadi atasnya, bukan dari kakinya untuk menjadi alasnya, malah dari sisinya untuk menjadi teman hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindungi dan dekat di hatinya untuk dicintai “

Friday, June 05, 2009

20 sen Dan Nilai Sebuah Iman

Mari kita bersama-sama muhasabah diri di pagi penghulu segala hari. Semoga kita semua akan peroleh hidayah dan petunjuk daripada Allah s.w.t hendaknya, amin. Ikuti kisah teladan ini:

Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia.

Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.

Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut. "Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?", Imam tersebut bertanya kepada dirinya.

"Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup", kata Imam tersebut.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut.

"Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.

"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya", pemandu bas tersebut berkata.

Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur".

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam".

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan.Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah! !!, Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah iman dengan 20 sen!!!

Bagaimana dengan iman kita? Pernahkah kita diuji seperti imam tadi? Kalau tidak pun seperti situasi yang dialami seperti imam di dalam kisah teladan di atas, tentu kita pernah diuji dengan situasi yang lain. Ujian keimanan yang kadangkala kita sedar, tetapi kadangkala tidak.

Jom kita muhasabah dan bermujahadah !

Ya ALLAH, peliharalah hati ku, dan hati muslimin dan muslimat lain dari hasutan musuh yang nyata bagi kami *namun kami tetap tertewas dengan godaannya*. Jadikanlah Nur MU sebagai pembersih hati kami dari segala sifat mazmumah dan sifat yang tidak menguntungkan kami.

Friday, May 29, 2009

Blog Isteri & Suatu Peringatan Buat Pemilik Blog dan Forum Maya

Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net

Semenjak saya membuat keputusan agar isteri berhenti kerja pada tahun 2006, seribu satu macam perancangan saya fikirkan untuk beliau. Ada yang sudah tercapai dan ada yang masih dalam perjalanan. Manakala sebahagian lagi masih di dalam perancangan di minda saya. Menunggu pulang ke tanahair dan perlu melihat situasi semasa di ketika itu.

Antara perancangan yang dilihat mampu dibuat dalam kadar segera adalah menajamkan kemahiran penyampaian ilmunya melalui tulisan. Ia amat baik kerana setiap entry yang ingin dimasukkan, si penulis biasanya akan teruji untuk mengemaskinikan peta kandungan yang ingin disampaikan. Namun ia bergantung juga kepada jenis kandungan yang ingin dikongsikan. Ada banyak juga blog yang berkongsi ‘entah apa-apa' yang tidak perlukan perancangan peta kandungan di minda semasa menulis. "Bak kata seorang rakan saya :
"Main lanyak aja"


BLOG ISTERI
Tahniah dan segala puji ke hadrat Allah swt, hasrat saya untuk mengajak isteri tercinta terlibat dalam aktviti dakwah fardiah melalui blog tercapai jua. Semoga kami diberi kekuatan untuk terus menyumbang sesuatu yang bermanfaat buat ummah. Khususnya buat para muslimah, yang masih bujang atau sudah berumah tangga.


Blog isteri saya, inshaAllah akan berkongsi pengalaman hidup dan pengajaran. Kami akan cuba pastikan setiap entry punyai pengajaran, bukan bertujuan membazirkan waktu kosong dengan kisah-kisah diri ke sana dan kemari, ke situ dan ke sini, tanpa mesej pengajaran yang jelas.
Kami berdoa, agar ruang yang wujud ini akan menjadi penambah peluang untuk meraih rahmat Allah SWT dan tidak menjadi beban buat kami kelak di akhirat.
Sila klik untuk membuka BLOG ISTERI SAYA

Setiap pemilik blog sememangnya bebas untuk memuatkan apa jua coretan dan gambar yang mereka sukai, namun mereka juga WAJIB bertanggungjawab untuk memastikan entrynya tidak menggalakan pembaziran waktu dan masa diri sendiri dan pembaca tanpa mesej jelas. Selain itu, WAJIB pula dijaga dari sebarang komen buruk dan negatif terhadap Islam.

JAGA-JAGALAH PEMILIK FORUM
Sama seperti forum-forum yang begitu pelbagai di internet hari ini. Terdapat forum politik, forum perbincangan agama, forum remaja, forum pelbagai dan lain-lain.

Namun agak malang juga apabila melihat sebahagian forum TIDAK TERKAWAL kandungannya. Benarlah, ia memberikan sebahagian manfaat tetapi ia turut membarahkan masalah sosial, akhlak dan agama apabila melepas bebaskan pemberi komen, penghantar artikel untuk menulis apa sahaja.

Pemberi komen di forum dan blog hari ini ada yang bertukar watak syaitan ketika memberi komen, berselidung di sebalik nama palsu dan umum. Sama seperti manusia di jalan raya di Malaysia (bukan di UK), watak sebenar seseorang individu kerap terzahir ketika memandu, ramai tidak disangka ia seganas itu, tetapi itulah dia.

Jika masih ingin memberikan kebebasan umum kepada pelawat, pemilik blog atau forum MESTI mempunyai tenaga pakar yang memantau dan menjawab dengan cepat serta pantas agar setiap idea yang ditulis oleh pelawat yang rencam latarbelakangnya ini dapat ditapis dan dijaga.

"Jika tidak dijaga, adakah pemilik forum berdosa ya ustaz?" itu pertanyaan seorang pelajar kepda saya semasa mengadakan satu kuliah Mawlidur Rasul di UK.

"Sudah tentu!.. biasanya forum bertema politik adalah yang paling meriah dengan dosa fitnah, mengumpat dan lainnya, forum lain juga banyak tapi saya tidak tahu sama ada ia wujud atau tidak "

Ingatlah, bukankah Nabi s.a.w menyebut di dalam hadis sohih Al-Bukhair dan Muslim :

كلكم راع وكلكم مسئول عن رعيته
"Setiap kamu adalah penjaga dan bertanggungjawab ke atas apa yang dijaganya.." jawab saya ringkas.

"Bagaimana adakalanya terdapat beberapa orang yang bukan khusus dalam bidang agama, tetapi mengulas pendapatnya, sedangkan pendapat itu mungkin bertentangan dengan Islam" Dia bertanya lagi.

Tidak salah seseorang mengutarakan pendapat, cuma bimbangnya agak semakin meluas hari ini terlalu ramai merasakan pendapatnya adalah paling tepat tanpa menghiraukan pandangan ulama Islam berasaskan al-Quran dan As-Sunnah. Semakin ramai juga tidak mengetahui kejahilan diri, tidak menyedari sempadan ilmu yang dimiliki. Ia tanda dunia semakin mengelirukan, kebenaran semakin berkabus, sukar dituju dan dilihat.

Memang benar, manusia yang paling sesat adalah manusia yang jahil dan tidak mengetahui berkenaan kejahilannya.

Malangnya, kumpulan ini semakin bertambah jumlahnya dan kalau dulu, tiada ramai terkena mudarat dari mereka, tidak ramai pula kenalan mereka. Namun hari ini di waktu kemunculan blog percuma, forum dan media internet, idea kejahilan pembawa racun mereka tersebar meluas, pantas beredar di dalam minda ramai yang juga jahil. Maka lahirlah kumpulan yang jahil lagi menyesatkan dan terus berkembang.

Ibn Umar berkata :

العلم ثلاثة، كتاب ناطق، وسُنّة قائمة، ولا أدري

Ertinya : "Ilmu itu punyai tiga cabang, al-kitab yang bertkata ( nas alquran), sunnah baginda nabi yang lalu, dan kata-kata "aku tida tahu" ( Uyun al-Akhbar, 5/130 ; Riwayat Al-Khatib secara Mawquf )

Jika keadaan itu berlaku di dalam sesuatu forum, pemilik forum perlu menentukan sikap dan kaedah pengendalian forumnya, sama ada untuk terus memadam atau meluluskan dengan jawapan dari panel mereka yang faham bab agama.

Nasihat saya buat pemilik forum, bertaqwalah kepada Allah. Jangan sampai forum yang dimiliki menjadi asbab ke neraka, jadikan ia kunci kepada rahmat ilahi untuk ke Syurga. Namun, jalan ke syurga adalah dengan duri dan payah, jalan ke neraka dengan syahwat dan seronok, demikian tegas baginda Nabi s.a.w.

Sahabat Nabi bernama Abdullah Ibn Mas'ud r.a berkata :-

لايزال الناس بخير ما أخذوا العلم عن أكابرهم، وعن أمنائهم وعلمائهم، فإذا أخذوه عن صغارهم وشرارهم هلكوا

Ertinya : Sentiasalah manusia berada dalam keadaan baik selagimana mereka mengambil ilmu dari orang berpengalaman (berusia), mereka yang amanah dan para ulama mereka, dan atatakala mereka mengambil ilmu dari mereka yang kurang pengalaman (muda remaja) dan yang jahat, nescaya mereka akan mula hancur" ( Jami' Bayan al-‘Ilm wa Fadhlih ; 1/616 )

Ulama berbeza pendapat mentafsir perkataan "as-Sighar atau muda dalam athar di atas.

Ibn Qutaibah : ertinya individu usia muda tandanya umurnya masih kecil dan giginya masih kecil.

Umar Al-Khattab berkata :

قد علمت متى صلاح الناس ، ومنى فسادهم : إذا جاء الفقه من قبل الصغير ، استعصى عليه الكبير ، وإذا جاء الفقه من الكبير تابعه الصغير فاهتديا

Ertinya : "Telah aku tahu bilakah manusia menjadi baik dan menjadi buruk. Apabila datang kefahaman hukum Fiqh dari orang muda, nescaya mereka akan sentiasa bercanggah dengan orang tua, namun apabila kebijaksanaan fiqh itu datang dari orang tua, yang muda akan mengikutinya dan sama-sama mendapat hidayah." (Jami' Bayan al-‘Ilm wa Fadhlih ; Ibn Abi Al-Barr)

Terdapat juga ulama yang membawakan tafsiran muda boleh membawa erti fizikal umur dan juga secara maknawi iaitu umur tua tetapi ilmunya masih muda dan seperti kanak-kanak.

Kesimpulan dalam bab ini, ambillah ilmu dari mereka yang berpengalaman, sebaiknya yang berusia lagi alim. Namun sekiranya yang berusia sudah pupus yang alim dan tinggi ilmunya, sehingga ramai mula mengambil ilmu dari ilmuan muda. Itu antara tanda akhir zaman .

Nabi bersabda :

إن من أشراط الساعة أن يلتمس العلم عند الأصاغر

Ertinya: Sesungguhnya salah satu dari tanda hampirnya kiamat adalah orang menuntut ilmu dari mereka yang muda (fizikal dan umur, atau boleh juga membawa maksud orang kurang ilmu dan pengalaman)" ( Riwayat al-Lalakie; hadis sohih, 1/102)

GAMBAR, BLOG DAN FRIENDSTER
"ana rasa anta patut tulis satu artikel berkenaan etika berblog, khususnya blogger wanita muslimah" kata seorang ustaz popular kepada saya semasa menziarahi rumahnya.

Elok juga sebenarnya jika beliau sendiri yang menulis topik itu berbanding meminta saya untuk menulisnya.

Namun memang benar, ada diantara pemilik blog yang tiada menjaga auratnya, dipaparkan gambarnya di rumah yang adakalanya tidak sempurna tutupan auratnya, jika sempurna pun terlalu banyak gambar dirinya sehingga boleh membuat pembaca yang kurang beriman ditarik
Syaitan untuk melihat dengan ‘pandangan tembus baju' di setiap gambar-gambarnya di blog, selain itu, banyak juga gambarnya yang sedang duduk dengan pelbagai gaya, malah berbaring.

Selain blog, ruangan facebook dan friendster juga menjadi tempat sumbatan ribuan gambar dengan pelbagai gaya. Padahal berita rasmi sudah memaklumkan bahawa setiap info dan gambar di facebook, adalah hak milik facebook dan tidak boleh dipadam buat selamanya oleh tuan punya gambar.

Justeru itu, berpadalah dan fahamilah, diri ini bukan milik kita, ia milik Allah swt dan tertakluk dengan batas-batasan yang ditentukan Allah swt. Bukan tidak boleh meletak gambar tetapi wajiblah menutup aurat penuh, dalam kedudukan yang sopan dan seterusnya tidaklah pula terlalu banyak sehingga boleh membuka ruang fitnah. Khususnya seorang wanita yang boleh saja seorang lelaki jahat memetik gambarnya lalu dibomohkan.

AKHIRNYA
Apapun pengisian bermanfaat dari blog kami dan anda kepada pembaca, ingatlah wahai pembaca, ilmu yang dipelajari semata-mata dari blog dan buku tidak mampu memberikan segalanya buat anda. Carilah ia dari guru dan dari mulut sang guru. Tanpa memperolehinya dari mulut sang guru, ia mungkin sahaja membawa kepada kefahaman yang lain dan maksud yang salah.

Imam As-Syafie berkata :-

من تفقه من بطون الكتب ضيع الأحكام
Ertinya : Sesiapa yang mengaji dan mempelajari ilmu hanya dari perut-perut kitab, akan hilanglah hukum-hakam; ( Tazkirat as-Sami'; hlm 87 )

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
30 Mac 2009

Nurwidad : Semoga kita terpelihara daripada kemungkaran di dalam setiap penghasilan karya penulisan untuk blog masing-masing. Inilah perkara yang saya fikirkan sebelum wujudnya blog ini. Apa yang diharapkan agar setiap artikel yang dimuatkan di dalam blog ini memberi manfaat buat saya sendiri khususnya dan pembaca amnya.

Sebarkan setiap kebaikan dan peringatan sesama muslim agar kita sentiasa berusaha untuk menjadi mukmin yang bertaqwa, insyaAllah.

Monday, May 25, 2009

NISA' SIHAT - Nisa' Kawasan Lumut


Pada 23hb hari sabtu yang lepas, telah berlangsung satu lagi program anjuran Nisa' Kawasan Lumut iaitu NISA' SIHAT. Bagi saya, penyertaan amat positif kerana saya melihat kehadiran dan penyertaan adalah lebih kurang 20 orang.


Program bermula dengan senaman ringan sebagai 'warm-up' anggota badan. Diketua oleh Kak Samrah, salah seorang ahli jawatankuasa Nisa' Kawasan Lumut. Program diteruskan dengan senaman 'poco-poco' yang diketuai oleh beberapa pimpinan Nisa' Kawasan Lumut. Agak kekok bagi mereka yang tidak pernah mengenali dan melihat senaman ini. Tetapi, berkat kesabaran dan keinginan untuk bersama-sama mendapat ilmu baru, peserta yang hadir bersama-sama dengan pimpinan Nisa' Kawasan Lumut berjaya melaksanakannya dengan baik. Berpeluh juga senaman 'poco-poco' ni.


Tidak ketinggalan peringatan dan muhasabah juga diperoleh di dalam program NISA' SIHAT kali ini. Pihak penganjur telah menjemput Pn. Roha untuk menyampaikan nasihat dan peringatan berkaitan kegiatan riadah dan sukan berlandaskan ajaran agama ISLAM yang syumul.

Ini kerana sebagai seorang muslim, aktiviti riadah juga merupakan satu ibadah kita kepada Allah s.w.t. Tetapi ianya bersyarat, iaitu tidak melanggari batas syariat yang telah ditetapkan oleh ajaran Islam. Antaranya ialah cara berpakaian dan pergaulan ketika aktiviti riadah dijalankan.


Sebelum program berakhir, pihak Nisa' Kawasan Lumut menjalankan sedikit permainan santai dan uji minda. Program berakhir sekitar jam 8.45 pagi.


Semoga dengan aktiviti ini akan mengeratkan lagi silaturrahim di antara kepimpinan Nisa' Kawasan Lumut dan peserta-peserta yang hadir. Pada masa yang sama, Nisa' Kawasan Lumut telah mendapat ahli baru daripada masyarakat yang berminat dengan aktiviti yang dianjurkan pada kali ini.


Diharapkan agar Nisa' Kawasan Lumut akan lebih dikenali untuk menyampaikan misi mereka berdakwah kepada masyarakat terutamanya golongan muda yang menjadi motto Nisa' (Connecting Youth - Penghubung Generasi Muda).


Marilah bersama-sama memartabatkan Islam sebagai agama yang syumul dalam segenap aspek kehidupan kita.


Firman Allah s.w.t di dalam kitab suci Al-Quranul Karim yang bermaksud :


"Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kalian agama kalian dan telah kusempurnakan nikmat-Ku bagi kalian dan Aku ridha Islam sebagai agama kalian."
(Al Maidah : 3)


"Sesungguhnya agama di sisi Allah adalah Islam”
(Ali Imran : 19)

Wednesday, May 20, 2009

Berani Melakukan Dosa ?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


"Wahai orang yang mati hatinya, wahai orang yang menghidupkan nafsunya; hati yang mati adalah hati yang lupa kepada Allah Azza wa Jalla, dan lupa berdzikir kepada-Nya. Maka barangsiapa yang menginginkan hatinya hidup, maka biarkanlah dzikir kepada Zat al-Haq Azza wa Jalla".


(Syekh Abdul Qadir al-Jailani berkata dalam bukunya: al-Fathur-Rabbani wal Faidl ar-Rahmani halaman 164)


Tanda bagi hati yang mati ialah suka melakukan perkara-perkara kemaksiatan dan dosa.


Ingatlah wahai diri dan sekalian muslim. Muhasabah diri kita masing-masing. Jika diri terarah untuk melakukan sebarang perkara ke arah kemaksiatan dan dosa, kembalilah ke jalan Allah s.w.t.


Sebab-sebab hati mati


  1. Rajin belajar, tetapi tidak beramal

Firman Allah,


"Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat?. Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan."


Surah As-Saff, ayat 2,3


2. Rajin beramal, tetapi tidak ikhlas


3. Makan rezeki yang dikurniakan Allah s.w.t, tetapi tidak bersyukur


4. Tidak redha dengan ketentuan Allah s.w.t


5. Rajin menziarahi kematian, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya


6. Berani melakukan dosa


Mari kita ikuti kisah ketegasan Sayyidina Umar Ibnu Al-Khattab menjalankan hukum Allah walaupun terhadap anak kandung beliau sendiri yang telah melakukan dosa.


Khalifah Sayyidina Umar ibnu Khattab terkenal dengan ketegasannya dalam menjalankan hukum-hukum Allah. Dengan sebab ketegasannya itulah, orang merasa segan dan hormat kepadanya.


Sayyidina Umar mempunyai beberapa orang anak laki-laki, di antaranya ialah Abdul Rahman bin Umar. Ia juga terkenal dengan panggilan Abu Syahamah.


Suatu hari Abu Syahamah diuji oleh Allah dengan satu penyakit yang dideritainya selama kira-kira setahun. Berkat kesabaran dan usahanya akhirnya penyakit tersebut dapat disembuhkan. Sebagai mensyukuri dan tanda gembira terlepas dari ujian Allah ini, Abu Syahamah yang sudah lama tidak keluar rumah itu menghadiri majlis jamuan besar-besaran di sebuah rumah perkampungan Yahudi atas jemputan kawan-kawannya yang juga terdiri daripada kaum Yahudi. Abu Syahamah dan kawan-kawannya berpesta sehingga lupa kepada larangan Allah dengan meminum arak sehingga mabuk.


Dalam keadaan mabuk itu, Abu Syahamah pulang melintasi pagar kaum Bani Najjar. Dia ternampak seorang perempuan Bani Najjar sedang berbaring, lalu mendekatinya dengan maksud untuk memperkosa. Apabila perempuan itu mengetahuinya dia berusaha untuk melarikan diri sehingga berjaya mencakar muka dan mengoyakkan baju Abu Syahamah. Malangnya dia tidak berdaya dan berupaya menahan Abu Syahamah yang sudah dikuasai oleh syaitan. Akhirnya terjadilah perkosaan.


Akibat perkosaan tersebut perempuan itu hamil. Setelah sampai masanya anak yang dikandung oleh perempuan itu pun lahir, lalu dibawa ke Masjid Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam untuk mengadap Amirul Mukminin bagi mengadukan hal kejadian yang menimpa dirinya. Kebetulan yang menjawat jawatan khalifah pada waktu itu ialah Sayyidina Umar ibnu Khattab.


"Wahai Amirul Mukminin, ambillah anak ini kerana engkaulah yang lebih bertanggungjawab untuk memeliharanya daripada aku." Mendengar kenyataan tersebut, Sayyidina Umar merasa terkejut dan hairan. Perempuan itu berkata lagi: "Anak damit ini adalah keturunan darah daging anak tuan yang bernama Abu Syahamah." Sayyidina Umar bertanya: "Dengan jalan halal atau haram?" Perempuan itu dengan berani menjawab: "Ya Amirul Mukminin, Demi Allah yang nyawaku di tanganNya, daripada pihak aku anak ini halal dan daripada pihak Abu Syahamah, anak ini haram."


Sayyidina Umar semakin kebingungan dan tidak faham maksud perempuan Bani Najjar ini lalu menyuruh perempuan ini berterus terang. Perempuan itu pun menceritakan kepada Sayyidina Umar peristiwa yang menimpa dirinya sehingga melahirkan anak itu.


Sayyidina Umar mendengar pengakuan perempuan itu sehingga menitiskan air mata. Kemudian Sayyidina Umar menegaskan: "Wahai perempuan jariyah (jariyah adalah panggilan budak perempuan bagi orang Arab ) , ceritakanlah perkara yang sebenarnya supaya aku dapat menghukum perkara kamu ini dengan sebenar-benarnya dan seadil-adilnya." Perempuan itu menjawab: "Ya Amirul Mukminin, penjelasan apa yang tuan kehendaki daripadaku? Demi Allah!, Sesungguhnya aku tidak berdusta dan aku sanggup bersumpah di hadapan mushaf al-Qur'an."


Lalu Sayyidina Umar mengambil mushaf al-Qur'an dan perempuan itu pun bersumpah bermula dari surah al-Baqarah hingga surah Yassiin. Kemudian bertegas lagi: "Ya Amirul Mukminin, sesungguhnya anak ini adalah dari darah daging anakmu Abu Syahamah." Kemudian Sayyidina Umar berkata: "Wahai jariyah! Demi Allah engkau telah berkata benar." Kemudian beliau berpaling kepada para sahabat, katanya "Wahai sekalian sahabat Rasulullah, aku berharap kamu semua tetap di sini sehingga aku kembali."


Tak lama kemudian Sayyidina Umar datang lagi sambil membawa wang dan kain untuk diberikan kepada perempuan malang itu: "Wahai jariyah, ambillah wang sebanyak tiga puluh dinar dan sepuluh helai kain ini dan halalkanlah perbuatan anakku terhadapmu di dunia ini dan jika masih ada lagi bakinya, maka ambillah sewaktu berhadapan dengan Allah nanti."


Perempuan itu pun mengambil wang dan kain yang diberikan oleh Sayyidina Umar lalu pulang ke rumah bersama-sama dengan anaknya. Setelah perempuan itu pulang Sayyidina Umar berkata kepada sahabat-sahabatnya: "Wahai sekalian sahabat Rasulullah, tetaplah kamu di sini sehingga aku kembali."


Sayyidina Umar terus pergi menemui anaknya Abu Syahamah yang ketika itu sedang menghadapi hidangan makanan. Setelah mengucap salam dia pun berkata: "Wahai anakku, hampirilah padaku dan marilah kita makan sama-sama. Tidakku sangka inilah hari terakhir bekalanmu untuk kehidupan dunia." Mendengar perkataan ayahnya itu, Abu Syahamah terkejut seraya berkata, "Wahai ayahku, siapakah yang memberitahu bahawa inilah hari terakhir bekalanku untuk kehidupan dunia? Bukankah wahyu itu telah putus setelah wafatnya Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam."


Kata Sayyidina Umar: "Wahai anakku, berkata benarlah sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Dia tidak dapat dilihat dengan pandangan mata dan Dialah Maha Luas Penglihatannya."


Sambung Sayyidina Umar lagi: "Masih ingatkah engkau, hari semasa engkau pergi ke satu majlis di perkampungan Yahudi dan mereka telah memberikan kamu minum arak sehingga kamu mabuk? Kemudian dalam keadaan mabuk kamu pulang melintasi perkampungan Bani Najjar di mana engkau bertemu dengan seorang perempuan lalu memperkosanya? Berkata benarlah anakku, kalau tidak engkau akan binasa."


Abu Syahamah mendengar kenyataan ayahnya itu dengan perasaan malu sambil diam membisu. Dengan perlahan beliau membuat pengakuan: "Memang benar aku lakukan hal itu, tapi aku telah menyesal di atas perbuatanku itu." Sayyidina Umar menegaskan: "Tiada guna bagimu menyesal setelah berbuat suatu kerugian. Sesungguhnya engkau adalah anak Amirul Mukminin tiada seorang pun yang berkuasa mengambil tindakan ke atas dirimu, tetapi engkau telah memalukan aku di hadapan sahabat Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam."


Kemudian Sayyidina Umar memegang tangan Abu Syahamah lalu membawa ke tempat para sahabat yang sudah sekian lama menunggu. "Mengapa ayahanda melakukan ini?" Tanya Abu Syahamah. "Kerana aku mahu tunaikan hak Allah semasa di dunia supaya aku dapat lepas daripada dituntut di akhirat kelak," jawab Sayyidina Umar dengan tegas.


Abu Syahamah dengan cemas merayu: "Wahai ayahandaku, aku mohon dengan nama Allah, tunaikanlah hak Allah itu di tempat ini, jangan malukan aku di hadapan sahabat Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam." Jawab Sayyidina Umar: "Engkau telah membuat malu dirimu sendiri dan engkau telah menjatuhkan nama baik ayahmu."


Apabila sampai di hadapan para sahabat mereka pun bertanya: "Siapakah di belakangmu wahai Amirul Mukminin?" Jawab Sayyidina Umar: "Wahai sahabatku, sesungguhnya di belakang aku ini adalah anakku sendiri dan dia telah mengaku segala perbuatannya, benarlah perempuan yang menyampaikan khabar tadi."


Kemudian Sayyidina Umar memerintah budaknya (hambanya): "Wahai Muflih (tukang sebat), pukullah anakku Abu Syahamah, rotanlah dia sehingga dia merasa sakit, jangan kasihani dia, setelah itu kamu aku merdekakan kerana Allah." Muflih agak keberatan untuk melakukannya kerana khuatir tindakannya itu akan memberi mudharat kepada Abu Syahamah, tetapi terpaksa mengalah apabila diperintah oleh Sayyidina Umar.


Tatkala dia memukul Abu Syahamah sebanyak sepuluh kali, kedengaranlah Abu Syahamah dalam kesakitan: "Wahai ayahandaku, rasanya seperti api yang menyala pada jasadku." Jawab Sayyidina Umar: "Wahai anakku, jasad ayahmu ini terasa lebih panas dari jasadmu."


Kemudian Sayyidina Umar memerintah Muflih memukul sebanyak sepuluh rotan lagi. Berkata Abu Syahamah: "Wahai ayahandaku, tinggalkanlah aku supaya aku dapat mengambil sedikit kesenangan."Jawab sayyidina Umar: "Seandainya ahli neraka dapat menuntut kesenangan, maka aku pasti akan berikan kepadamu kesenangan."


Setelah itu Sayyidina Umar menyuruh Muflih memukul Abu Syahamah sebanyak sepuluh rotan lagi. Abu Syahamah merayu: "Wahai ayahandaku aku mohon kepadamu dengan nama Allah, tinggalkanlah aku supaya aku dapat bertaubat." Jawab Sayyidina Umar dengan pilu: "Wahai anakandaku, apabila selesai aku menjalankan hak Allah, jika engkau hendak bertaubat pun maka bertaubatlah dan jika engkau hendak melakukan dosa itu lagi pun maka lakukanlah dan engkau akan dipukul seumpama ini lagi."


Selanjutnya Sayyidina Umar menyuruh Muflih memukul Abu Syahamah sebanyak sepuluh kali sebatan lagi. Abu Syahamah terus merayu: "Wahai ayahandaku, dengan nama Allah aku mohon kepadamu berilah aku minum seteguk air." Sayyidina Umar menjawab dengan tegas: "Wahai anakandaku, seandainya ahli neraka dapat meminta air untuk diminum, maka aku akan berikan padamu air minum."


Perintah Sayyidina Umar diteruskan dengan meminta Muflih memukul lagi sebanyak sepuluh rotan. Abu Syahamah mohon dia dikasihani: "Wahai ayahandaku, dengan nama Allah aku mohon kepadamu kasihanilah aku." Sayyidina Umar dengan sayu menjawab: "Wahai anakandaku, kalau aku kasihankan kamu di dunia, maka engkau tidak akan dikasihani di akhirat."


Sayyidina Umar selanjutnya memerintahkan Muflih memukul lagi sebanyak sepuluh kali sebatan. Abu Syahamah dengan nada yang lemah berkata: "Wahai ayahandaku, tak kasihankah ayahanda melihat keadaan aku begini sebelum aku mati?" Sayyidina Umar menjawab: "Wahai anakandaku, aku akan hairan kepadamu sekiranya engkau masih hidup dan jika engkau mati kita akan berjumpa di akhirat nanti."


Sayyidina Umar terus memerintahkan Muflih memukul lagi sebanyak sepuluh rotan. Dalam keadan semakin lemah Abu Syahamah berkata; "Wahai ayahandaku, rasanya seperti sudah sampai ajalku....." Sayyidina Umar dengan perasaan sedih berkata: "Wahai anakandaku, jika engkau bertemu Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam, sampaikan salamku kepadanya, katakan bahawa ayahandamu memukul dirimu sehingga kau mati."


Di saat yang semakin hiba ini Sayyidina Umar terus menyuruh Abu Muflih memukul lagi sebanyak sepuluh kali rotan. Setelah itu Abu Syahamah dengan kudrat yang semakin lemah berusaha memohon simpati kepada para hadirin: "Wahai sekalian sahabat Rasulullah, mengapa kamu tidak meminta pada ayahandaku supaya memaafkan aku saja?"


Kemudian salah seorang sahabat pun menghampiri Sayyidina Umar dan berkatas: "Wahai Amirul Mukminin, hentikanlah pukulan ke atas anakmu itu dan kasihanilah dia." Sayyidina Umar dengan tegas berkata: "Wahai sekalian sahabat Rasulullah, apakah kamu tidak membaca ayat Allah dalam surah an-Nuur ayat 2 ::


Maksudnya;


"Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman. "


Mendengar penjelasan Sayyidina Umar itu, sahabat Rasulullah pun diam tidak membantah, sementara itu Sayyidina Umar terus memerintah Muflih memukul sepuluh sebatan lagi.


Akhirnya Abu Syahamah mengangkat kepala dan mengucapkan salam dengan suara yang sangat kuat sebagai salam perpisahan yang tidak akan berjumpa lagi sehingga hari kiamat.


Kemudian berkata Sayyidina Umar: "Wahai Muflih, pukullah lagi sebagai menunaikan hak Allah." Muflih pun meneruskan pukulan untuk ke seratus kalinya.


"Wahai Muflih, cukuplah pukulanmu itu," perintah Sayyidina Umar apabila melihat anaknya tidak bergerak lagi. Setelah itu Sayyidina Umar mengisytiharkan: "Wahai sekalian umat Islam, bahawasanya anakku Abu Syahamah telah pergi menemui Allah."


Mendengar pengumuman itu ramailah umat Islam datang ke masjid sehingga masjid menjadi sesak. Ada di antara mereka sedih dan terharu, malah ramai yang menangis melihat peristiwa tersebut.


Menurut sumber lain, daripada Kitab Sirah Umar bin al-Khattab al-Khalifatul Rasyid umumnya masyarakat berpendapat kematian Abu Syahamah adalah disebabkan oleh pukulan rotan ayahnya sendiri Sayyidina Umar Radhiallah 'Anhu.


Setelah selesai jenazah Abu Syahamah dikebumikan, pada malamnya Ibnu Abbas Radhiallahu 'Anhuma bermimpi bertemu dengan Rasulullah Sallalllahu 'Alaihi Wasallam yang wajah baginda seperti bulan purnama, berpakaian putih manakala Abu Syahamah duduk di hadapan baginda dengan berpakaian hijau.


Setelah itu Rasululah Sallallahu 'Alaihi Wasallam berkata: "Wahai anak bapa saudaraku, sampaikan salamku pada Umar dan beritahu kerpadanya bahawa Allah telah membalas setiap kebajikannya kerana tidak mencuai-cuaikan hak Allah dan suatu kebahagiaan baginya sebab Allah telah menyediakan baginya beberapa mahligai dan beberapa bilik di dalam Jannatun Na'im. Bahawa sesungguhnya Abu Syahamah telah sampai pada tingkatan orang-orang yang benar di sisi Allah Yang Maha Kuasa.


Oleh yang demikian, marilah bersama-sama kita jaga nikmat Iman dan Islam yang dikurniakan Allah s.w.t kepada kita. Moga terpelihara dari melakukan perkara kemaksiatan dan dosa yang boleh menyebabkan hati mati seterusnya jauh dari Allah s.w.t.