Showing posts with label Peribadi. Show all posts
Showing posts with label Peribadi. Show all posts

Thursday, June 12, 2014

Dah Setahun Rupanya....

Bismillahirrahmanirrahim.

Lamanya dah tak update blog ni. So, hari ni tukar mood nak update blog, tukar sekali dengan background colour supaya bagi nafas baru kepada pemilik blog ni untuk update lagi dan lagi. Usaha!

Banyak kisah diri, keluarga dan anak-anak yang tak disimpan dalam ni. Sampai la dah lahir anak yang ketiga. Setahun lebih tu! Macam-macam kisah suka dan duka, pahit dan masam. Heee...

Ok, start from kisah yang tinggal lagi 15 hari je lagi nak menyambut kedatangan bulan yang penuh rahmat, keampunan dan barakah, bulan Ramadhan. Puasa ganti dah settle. 1 hari aje pun. Itu pun sebab tahun lepas berpuasa semasa tengah mengandungkan anak ketiga. SubhanAllah, macam-macam pengalaman sejak dah 3 kali mengandung dan melahirkan. Sesungguhnya amat bererti kasih dan pengorbanan seorang ibu. (mood teringat kat mak yg sedang menjalani rawatan kanser di HKL).

So, persiapkanlah diri sahabat sekalian untuk menghadapi Ramadhan yang akan datang ni. Buat planning apa yg kita nak rebutkan sepanjang bulan Ramadhan tu. Puasa yang bagaimana, ibadah sunatnya, yang wajib apatah lagi, bacaan al-quran, sedekah dan sebagainya. Hiasilah sebaik mungkin buat bekalan kita jugak di akhirat kelak.

Aisyah Humaira, Raihana Izzati & Muhammad Fateh

Thursday, February 16, 2012

::29 weeks::

Hari ni dah masuk 29 minggu usia kandungan Ummi. Semalam baru lepas scan kali kedua daripada prosedur lawatan klinik yang telah ditetapkan. Doktor kata semuanya ok. Alhamdulillah. Berat si kecik sekarang ni dah 1.27kg. Agaknya berapa lah berat dia masa lahir nanti ye....Aisyah dulu 3.84kg. Apa yang penting, moga Ummi dan si kecik selamat dan sihat hendaknya.

Sedang menaip ni, si kecik tengah aktif bergerak. Bermula semalam, Ummi dah kena kira jumlah pergerakan si kecik sehingga jam 8 malam. Pergerakan mesti 10 kali ke atas. HB Ummi pun dah naik ke angka 11.0. Sebelum ni Ummi kena makan ubat T.Iberet untuk tambah HB darah. Kena beli sendiri di farmasi. Nurse klinik kerajaan hanya bagi cadangan je. Ummi makan tak habis pun 10 biji. Liat betul Ummi ni kalau bab makan ubat. Nurse nasihatkan banyak makan lauk daripada nasi. Berat badan Ummi dah naik 2 kg. Ermmm....banyak makan nasi dan roti ni...

Moga terus sihat dan kuat menghadapi hari-hari mendatang, InsyaAllah...

Friday, January 06, 2012

::Ragam Si Anak::

Aisyah dah ada ragamnya tersendiri. Pening juga fikir mcmana nak uruskan ragam dia dengan bijak.
-tak mau pakai pampers (drypers).
 Kadang-kadang tak mau pakai seluar dan baju.

Mcmana tu?...

Biasanya akan berlaku waktu nak tidur. Sebelum tidur, Ummi akan tukar drypers dia. Ada kemungkinan sesaje buat mcmtu sebab nak main dengan Ummi. Iyela, dah kena tinggal sehari di rumah pengasuh. Nak kan perhatian. Maybe.

Apa-apa pun, semoga Aisyah membesar dengan didikan yang baik, InsyaAllah !
 

Friday, December 02, 2011

::Perkembangan Fetus 18 Minggu::

Ditulis untuk BabyCenter Malaysia

saluran darahplasentakakitelinga

Panjang bayi anda sekarang sekitar 6 inci / 14.2 sentimeter dari mercu kepala ke punggung dan berat sekitar 7 auns / 190 gram. Dadanya bergerak turun naik seakan-akan bernafas tetapi dia tidak menyedut udara, hanya cecair amnion.

Skan ultrasound semasa trimester kedua menilai pertumbuhan dan perkembangan fetus, selain menapis beberapa kecacatan kelahiran, memeriksa plasenta dan tali pusat, dan menentukan samada jangkaan umur gestasi adalah tepat. Semasa skan ini, anda mungkin dapat melihat bayi anda membuat pergerakan menendang, membengkokluruskan badan, mencapai, bergolek atau menghisap jari. Bawalah suami bersama, tetapi samada dia turut bersama atau tidak, pastikan anda mendapatkan salinan gambar bayi dalam pelbagai gaya.

Jika bayi anda perempuan, vagina, uterus dan tiub falopio sudahpun berada di tempatnya. Jika ia lelaki, genitalnya adalah jelas dan boleh dicamkan. Jika kandungan anda lebih dari satu bayi, rujuklah bahagian tentang kembar dua atau lebih.

Tuesday, October 25, 2011

::Kali Kedua::

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ni adalah hari untuk Ummi buat buku merah (buku mengandung). Pergi ke klinik jam 8.30 pagi dari ofis. Sampai di klinik kesihatan KDSK, teruja sebab ramainya orang. Tapi Ummi kena buat jugak buku merah hari ni. Kalau tak, entah bila la nak kena mula. Alhamdulillah, proses bermula seperti Ummi mengandungkan Aisyah dulu. Bawa buku merah yang lepas dan salinan sijil nikah. Tiba giliran Ummi, check tekanan darah dan berat. Tunggu lagi, dan dipanggil semula untuk bersama-sama nurse isi buku baru. Setelah selesai isi, Ummi kena check air kencing dan darah pula. Seterusnya, tunggu lagi untuk giliran jumpa nurse check perut.

Lebih kurang jam 10.30 pagi, baru Ummi masuk bilik nurse. Pengetahuan baru yang Ummi dapat ialah berkenaan hb darah (kepekatan darah). Selepas Ummi melahirkan Aisyah dulu, hb darah Ummi turun hingga 8 (kalau tak silap Ummi). Disebabkan itu, Ummi tak boleh bangun seperti ibu-ibu bersalin yang lain. Keesokan harinya, baru Ummi boleh bangun. Itu pun pening-pening. Nurse beri nasihat supaya selepas ni, buat perancangan keluarga. Ini kerana, bahaya sekiranya turun darah yang banyak ketika bersalin disebabkan oleh hb darah yang kurang, lambat beku. Lagipun, Ummi dah ada sejarah....(Ya Allah, lindungilah hambamu ini..) Kemudian, nurse check mata, breast, perut dan kaki (jika ada bengkak). Hari ni juga, Ummi kena jumpa doktor. Mungkin sebab sejarah kelahiran dulu. Next check-up lagi dua minggu (kerap sebab hb Ummi kurang), 9.11.2011 (Rabu).

Tunggu lagi untuk giliran masuk ke bilik doktor. Tapi kali ni, tak ramai. Ummi orang ketiga. Masuk je bilik doktor, Ummi kena baring untuk diperiksa perut dan kaki. Doktor nampak ada urat di kaki seperti bengkak/tegang. Soalan doktor; "Sebelum ni mengandung kaki bengkak ke?". Ummi jawab; "ada sikit..tapi masa selepas melahirkan dulu, kaki ada jadi tegang/tarik urat". Kemudian, doktor minta Ummi duduk, kedua-dua tangan ke hadapan dan jari diluruskan sambil direnggangkan. Doktor pesan, tak perlu pakai cincin, nanti tak muat nak buka, doktor akan potong je. Sebab nampak cincin yang Ummi pakai macam dah nak ketat je. (Ikut aje le pesan doktor...)

Doktor tulis dalam buku, 20.12.2011 kena minum air gula dan 21.12.2011 untuk scan perut. Jumpa doktor gigi pada bila-bila masa. Kesemua prosedur ni Ummi kena ke klinik di Sitiawan. Semoga Allah permudahkan, insyaAllah.

Itulah pengalaman Ummi untuk kali kedua ni. Ummi mengharapkan agar Allah s.w.t merahmati, melindungi dan kami sentiasa dalam kasih sayang Nya. Semoga anak yang dikandung ini menjadi anak yang soleh solehah, menjadi muslim yang mukmin, berjaya dunia dan akhirat. Amin.

Monday, June 20, 2011

::19 Jun 2011::

Assalamualaikum w.b.t

Entry kali ini Ummi nak catatkan bahawa 19 Jun 2011 merupakan hari lahir suami Ummi. Selamat Hari Lahir yang ke-31 tahun. Tidak lupa juga selamat hari bapa :) Terima kasih atas segalanya. Aisyah bertuah memiliki seorang ayah sepertimu. Ummi juga bertuah memiliki seorang suami sepertimu. Semoga keluarga kita sentiasa dirahmati, diberkati dan dikurniakan mawaddah wa rahmah dalam menyelusuri bahtera rumahtangga. Sentiasa mendapat petunjuk Ilahi  dalam melalui perjalanan kehidupan di dunia ini.

Untuk Abah Ummi, ucapan terima kasih diucapkan melalui panggilan telefon. Terima kasih kerana menyayangi, menjaga dan membesarkan anakmu ini. Jawapan Abah ialah "Alhamdulillah". Syukur Ya Allah kerana masih mengurniakan umur yang panjang buat Abah. Semoga Abah dikurniakan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur (jika itu yang terbaik untuk Abah dunia Akhirat).

Terima kasih juga Ummi tak lupakan buat Ayah mertuaku. Semoga Ayah dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur dan teruskan perjuanganmu. Ayah, terima kasih di atas kurniaan anakmu, suamiku yang terbaik untukku.
 
Terima kasih, Abah ! Terima kasih, Ayah ! Terima kasih, suamiku ! 

Thursday, June 02, 2011

::Rindu::

Assalamualaikum w.b.t.

Hari yang dilalui penuh dengan rasa kerinduan kepada suami tercinta. Bukan hanya isteri, malah anak tersayang, Aisyah pun kelihatan rindu kat ayahnya. Baru beberapa jam ditinggalkan suami/ayah untuk pergi menunaikan tanggungjawab beliau di muka bumi Allah ni, dah rasa rindu. Kadang-kadang bila berjauhan sementara ni, ada baiknya.

Pagi tadi semasa hantar Aisyah, dia nampak lain sikit. Termenung je anak dara sorang ni. Mungkin teringat kat ayah. Selalunya, ayah akan ikut belakang dengan menaiki motosikal, atau dicium dan disayang. Tetapi hari ini, semua tu tak ada.

Doa Ummi mengiringi pemergian suami, semoga selamat pergi dan pulang, InsyaAllah. Aisyah pun sama ^_^

Wednesday, May 25, 2011

Permata Hati (^_^)

Assalamualaikum w.b.t.

Ketandusan idea untuk membuat entry terbaru. Walaubagaimanapun, kehidupan diwarnai dengan pelbagai amanah dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan sehabis baik kerana Allah s.w.t. Dari hari ke hari, perubahan mesti dilakukan. Perubahan ke arah kebaikan, tahap iman meningkat dengan pembaharuan niat dalam setiap apa yang kita lakukan. Ermmm, pesanan yang amat berharga buat diri untuk kebahagiaan di dunia hingga ke akhirat, InsyaAllah.

Ummi akan sentiasa merinduimu, buah hati pengarang jantungku, Aisyah Humaira :)


InsyaAllah, jumpa lagi !

Tuesday, January 04, 2011

Cuti-cuti @ Cameron Highlands

Assalamualaikum

Jom tengok gambar yang ada di sepanjang kami bercuti secara ad-hoc di Cameron Highlands. (^_^)

BEE FARM
 Aisyah dengan Acu....Tok Wan kat belakang
 
 Ummi, Ayah dan Aisyah

 Kenapa ayah pegang perut ye?hehe..

 Abg. Firdaus, Tok Wan, Ateh & Kak Husna

SARAPAN PAGI

 Ummi pakai ape ni?...

 Nape tangan Aisyah lain macam je...heee

 Sedapnyer makan roti canai sejuk2 ni..

BILA DAH SAMPAI RUMAH OPAH @ BAGAN SERAI....

 Aisyah mabuk darat la Ummi.....

Permata Hati Ayah & Ummi

Friday, July 16, 2010

BUAH HATI KAMI

Wajah anak yang baru lahir...gambar ni ketika kami masih di hospital (^_^)
23 Mac 2010, 7 RabiulAkhir 1431@ Hospital Seri Manjung

Wednesday, August 12, 2009

Berwajah Baru

Salam kembali buat semua pengunjung blog nurwidad. Terutama sekali mestilah tuan empunya blog. Dah lama tak update disebabkan keadaan diri yang tak begitu mengizinkan. Kali ni nak cerita pasal 'berwajah baru'.

Semestinya wajah blog nurwidad dah beralih warna dan design. Saya mahukan perubahan dan emosi diri. Semoga dengan wajah baru ni dapat memberi motivasi yang lebih kepada saya. Sememangnya dalam keadaan diri yang masih di awal kehamilan, banyak dugaan yang perlu saya hadapi. Bukan sahaja saya, malah orang yang berada di sekeliling saya juga diberi ujian oleh Allah s.w.t. Saya sentiasa mendoakan agar saya dan mereka diberi kekuatan dan bantuan oleh Allah s.w.t, insyaAllah, amin.

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَجِنَا وَذُرِّيَّـتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَاماً

Monday, June 22, 2009

Tiada Perubahan

Assalamualaikum w.b.t....sudah lama saya tidak mengeluarkan entry terbaru untuk blog saya. Agak bosan melihat tiada perubahan apabila membuka blog. Oleh kerana beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan, saya tidak dapat meng'update' blog ini. Dek kerana kekangan peluang dan ruang untuk menulis. Hanya sekadar mengubah aktiviti terkini Nisa' Kawasan Lumut (link).

Tahniah kepada mereka yang berusaha untuk mewujudkan blog Nisa' Kawasan Lumut. Semoga amalan baik ini diberkati Allah s.w.t.

Tahniah team Nisa' Kawasan Lumut !
~Connecting Youth~

Tuesday, May 19, 2009

Tag Award daripada CT !

Peraturan nak jawab tag ni ialah:

1. Copy badge "2009 Cute's 3logger Award" untuk diletakkan di blog anda.


2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.

siapa lagi kalau bukan sahabat blogers yang kedua tahu akan kewujudan blog nurwidad nie...cik ct hadijah :)

Tak sangka yang cik ct nie boleh jadi sahabat karib...mula-mula kenal dia nie, pening jugak...hehe..jangan marah ye cik ct...tapi itulah titik-titik pertemuan untuk kita kekal bersahabat hingga sekarang dan jika diizinkan Allah, hingga ke syurga...amin.

Ada beberapa persamaan antara kami berdua...kedua-duanya lahir pada bulan Ogos, bulan kemerdekaan...jadi, ada beberapa sikap / perangai yang agak sama...betul ke ct? (^_^)

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).

Ini adalah soalan yang paling tak suka nak jawab. Soalannya baik, sebab kita akan tahu sejauh mana kita mengenali diri sendiri...huhu..tapi tetap tak suka...disebabkan dah di tag, kena cuba jugaklah...(ayat tengah pening nie...)


  1. Seorang yang pendiam

  2. Suka menjahit...dah lama tak menjahit, skill pun dah kurang

  3. Suka benda-benda yang kreatif seperti kraftangan

  4. Suka bunga

  5. Tinggi (sejak dari sekolah, mesti berdiri di belakang sekali masa beratur..bagi laluan kat kawan-kawan..hehe)

  6. Sudah berkeluarga...

  7. Wanita berkerjaya (dengan takdirNya, mula-mula dapat kerja kat tempat yang memang tak nak - bandar besar (Shah Alam dan Kuala Lumpur) last sekali kat Putrajaya sebelum berpindah ke negeri asal, negeri Perak Darul Ridzuan, alhamdulillah :)

  8. Baru dapat anak saudara macam ct jugak :)...Nama diberi Aqeel Haziq b. Mohamad Hirzan

*minta izin ye mama haziq :)


9. Ada 6 orang adik kandung, 7 orang adik ipar....ramai tak? syukur, alhamdulillah (^_^)

10. Ok, dah last dah...apa lagi ye?...sekarang ni kuat makan dan mengantuk (tapi tak boleh tido..)


4. Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog.

Hanya orang yang terpilih sahaja, boleh kan..ct pun 2 orang ja...



5. Jangan lupa untuk melawat blog mereka dan meninggalkan komen yang menyatakan:

"anda telah di tag - sila layari blog saya untuk mendapatkan award anda"