Monday, June 20, 2011

::19 Jun 2011::

Assalamualaikum w.b.t

Entry kali ini Ummi nak catatkan bahawa 19 Jun 2011 merupakan hari lahir suami Ummi. Selamat Hari Lahir yang ke-31 tahun. Tidak lupa juga selamat hari bapa :) Terima kasih atas segalanya. Aisyah bertuah memiliki seorang ayah sepertimu. Ummi juga bertuah memiliki seorang suami sepertimu. Semoga keluarga kita sentiasa dirahmati, diberkati dan dikurniakan mawaddah wa rahmah dalam menyelusuri bahtera rumahtangga. Sentiasa mendapat petunjuk Ilahi  dalam melalui perjalanan kehidupan di dunia ini.

Untuk Abah Ummi, ucapan terima kasih diucapkan melalui panggilan telefon. Terima kasih kerana menyayangi, menjaga dan membesarkan anakmu ini. Jawapan Abah ialah "Alhamdulillah". Syukur Ya Allah kerana masih mengurniakan umur yang panjang buat Abah. Semoga Abah dikurniakan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur (jika itu yang terbaik untuk Abah dunia Akhirat).

Terima kasih juga Ummi tak lupakan buat Ayah mertuaku. Semoga Ayah dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur dan teruskan perjuanganmu. Ayah, terima kasih di atas kurniaan anakmu, suamiku yang terbaik untukku.
 
Terima kasih, Abah ! Terima kasih, Ayah ! Terima kasih, suamiku ! 

No comments:

Post a Comment