Friday, December 02, 2011

::Perkembangan Fetus 18 Minggu::

Ditulis untuk BabyCenter Malaysia

saluran darahplasentakakitelinga

Panjang bayi anda sekarang sekitar 6 inci / 14.2 sentimeter dari mercu kepala ke punggung dan berat sekitar 7 auns / 190 gram. Dadanya bergerak turun naik seakan-akan bernafas tetapi dia tidak menyedut udara, hanya cecair amnion.

Skan ultrasound semasa trimester kedua menilai pertumbuhan dan perkembangan fetus, selain menapis beberapa kecacatan kelahiran, memeriksa plasenta dan tali pusat, dan menentukan samada jangkaan umur gestasi adalah tepat. Semasa skan ini, anda mungkin dapat melihat bayi anda membuat pergerakan menendang, membengkokluruskan badan, mencapai, bergolek atau menghisap jari. Bawalah suami bersama, tetapi samada dia turut bersama atau tidak, pastikan anda mendapatkan salinan gambar bayi dalam pelbagai gaya.

Jika bayi anda perempuan, vagina, uterus dan tiub falopio sudahpun berada di tempatnya. Jika ia lelaki, genitalnya adalah jelas dan boleh dicamkan. Jika kandungan anda lebih dari satu bayi, rujuklah bahagian tentang kembar dua atau lebih.

Tuesday, October 25, 2011

::Kali Kedua::

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ni adalah hari untuk Ummi buat buku merah (buku mengandung). Pergi ke klinik jam 8.30 pagi dari ofis. Sampai di klinik kesihatan KDSK, teruja sebab ramainya orang. Tapi Ummi kena buat jugak buku merah hari ni. Kalau tak, entah bila la nak kena mula. Alhamdulillah, proses bermula seperti Ummi mengandungkan Aisyah dulu. Bawa buku merah yang lepas dan salinan sijil nikah. Tiba giliran Ummi, check tekanan darah dan berat. Tunggu lagi, dan dipanggil semula untuk bersama-sama nurse isi buku baru. Setelah selesai isi, Ummi kena check air kencing dan darah pula. Seterusnya, tunggu lagi untuk giliran jumpa nurse check perut.

Lebih kurang jam 10.30 pagi, baru Ummi masuk bilik nurse. Pengetahuan baru yang Ummi dapat ialah berkenaan hb darah (kepekatan darah). Selepas Ummi melahirkan Aisyah dulu, hb darah Ummi turun hingga 8 (kalau tak silap Ummi). Disebabkan itu, Ummi tak boleh bangun seperti ibu-ibu bersalin yang lain. Keesokan harinya, baru Ummi boleh bangun. Itu pun pening-pening. Nurse beri nasihat supaya selepas ni, buat perancangan keluarga. Ini kerana, bahaya sekiranya turun darah yang banyak ketika bersalin disebabkan oleh hb darah yang kurang, lambat beku. Lagipun, Ummi dah ada sejarah....(Ya Allah, lindungilah hambamu ini..) Kemudian, nurse check mata, breast, perut dan kaki (jika ada bengkak). Hari ni juga, Ummi kena jumpa doktor. Mungkin sebab sejarah kelahiran dulu. Next check-up lagi dua minggu (kerap sebab hb Ummi kurang), 9.11.2011 (Rabu).

Tunggu lagi untuk giliran masuk ke bilik doktor. Tapi kali ni, tak ramai. Ummi orang ketiga. Masuk je bilik doktor, Ummi kena baring untuk diperiksa perut dan kaki. Doktor nampak ada urat di kaki seperti bengkak/tegang. Soalan doktor; "Sebelum ni mengandung kaki bengkak ke?". Ummi jawab; "ada sikit..tapi masa selepas melahirkan dulu, kaki ada jadi tegang/tarik urat". Kemudian, doktor minta Ummi duduk, kedua-dua tangan ke hadapan dan jari diluruskan sambil direnggangkan. Doktor pesan, tak perlu pakai cincin, nanti tak muat nak buka, doktor akan potong je. Sebab nampak cincin yang Ummi pakai macam dah nak ketat je. (Ikut aje le pesan doktor...)

Doktor tulis dalam buku, 20.12.2011 kena minum air gula dan 21.12.2011 untuk scan perut. Jumpa doktor gigi pada bila-bila masa. Kesemua prosedur ni Ummi kena ke klinik di Sitiawan. Semoga Allah permudahkan, insyaAllah.

Itulah pengalaman Ummi untuk kali kedua ni. Ummi mengharapkan agar Allah s.w.t merahmati, melindungi dan kami sentiasa dalam kasih sayang Nya. Semoga anak yang dikandung ini menjadi anak yang soleh solehah, menjadi muslim yang mukmin, berjaya dunia dan akhirat. Amin.

Friday, September 09, 2011

::Adik::

Assalamualaikum.

Aisyah begitu teruja bila disebut "baby". Ummi tanya "Aisyah nak baby tak?" Aisyah jawab, "baby, baby...". Masa tu Aisyah akan senyum lebar. Ummi dan ayah seronok tengok Aisyah. Tapi, rezeki nak dapat adik belum ada lagi.

Hari Selasa (6hb. Sept. 2011) yang lepas, Ummi sesaja je nak buat 'pregnancy test'. Waktu test dibuat tengahari pulak tu. Macam tak sabar je dan tak boleh tunggu esok pagi. Macam tak percaya dengan keputusan yang Ummi dapat. Apa pun, Alhamdulillah, Aisyah akan dapat adik juga akhirnya.

Hari Khamis (8hb. Sept. 2011) jam 8.30 malam, Ummi, Ayah dan Aisyah ke klinik Dr. Zarina untuk buat pengesahan yang Ummi betul-betul mengandung. Ujian yang dibuat doktor menyatakan bahawa Ummi mengandung genap 6 minggu hari tersebut. Tekanan darah Ummi rendah. Doktor nasihatkan supaya Ummi banyakkan minum air. Tarikh jangkaan untuk Ummi bersalin ialah 5hb. Mei 2012, insyaAllah.

Mudah-mudahan keluarga kita dirahmati, diberkati dan dikurniakan anak-anak yang soleh solehah di dunia hingga akhirat, amin.

Friday, August 12, 2011

Majlis Iftar Jamaie

Assalamualaikum w.b.t.

Salam Ramadhan Al-Mubarak. Hari ni dah 12 hari kita berada di bulan penuh barakah. Fasa pertama dah lepas. Semoga kita diberikan rahmat oleh Allah s.w.t. hendaknya. Sekarang ni kita berada di fasa yang kedua, iaitu fasa keampunan. Moga keampunan Dia dapat kita peroleh, InsyaALLAH.

Pada tarikh 11 Ramadhan 1432H, bersamaan 11 Ogos 2011 (Khamis), telah diadakan Majlis Iftar Jamaie di rumah sewa saya. Majlis ni dihadiri oleh muslimat@nisa' je. Ayah Aisyah berbuka di surau. Kami dah lama tak berkumpul ramai-ramai seperti hari ini. Bila berkumpul, macam-macam cerita ada. Syukur Ya Allah, atas kurniaan perkenalan dan pertemuan ini. Semoga ukhuwah kita kekal hingga ke syurga.

Jam 7.00 petang, sahabat-sahabat mula sampai di rumah. Sambil layan Aisyah, terpaksa jugak la meminta sahabat buat seperti rumah sendiri. Mula menyiapkan hidangan berbuka. Juadah berbuka amat meriah. Tuan rumah menyediakan nasi, air, sayur , ikan masin dan sambal belacan. Itu sahaja yang tuan rumah sempat sediakan selepas pulang dari kerja. Sahabat lain bawa pelbagai jenis makanan. Ikan dan ayam masak lemak cili padi, udang masak pedas, kuih-muih, tembikai dan mempelam.

Seusai berbuka dengan menjamah kurma, air dan kuih-muih, kami bersiap-siap untuk menunaikan solat maghrib berjemaah. Selesai solat, kami bersiap-siap untuk makan makanan berat@nasi. Alhamdulillah, syukur atas nikmat rezeki yang Allah kurniakan. Makanan yang tidak habis, diagih-agihkan untuk di bawa pulang ke rumah masing-masing. Majlis berakhir sekitar jam 9.00 malam. Ada yang pulang ke rumah dan ada yang ke surau untuk menunaikan ibadah seterusnya bagi merebut ganjaran pahala berganda di bulan mulia ini.

Syukran sahabat-sahabat dan tuan rumah memohon maaf dengan segala kekurangan yang ada di sepanjang majlis ni berlangsung.


Monday, June 20, 2011

::19 Jun 2011::

Assalamualaikum w.b.t

Entry kali ini Ummi nak catatkan bahawa 19 Jun 2011 merupakan hari lahir suami Ummi. Selamat Hari Lahir yang ke-31 tahun. Tidak lupa juga selamat hari bapa :) Terima kasih atas segalanya. Aisyah bertuah memiliki seorang ayah sepertimu. Ummi juga bertuah memiliki seorang suami sepertimu. Semoga keluarga kita sentiasa dirahmati, diberkati dan dikurniakan mawaddah wa rahmah dalam menyelusuri bahtera rumahtangga. Sentiasa mendapat petunjuk Ilahi  dalam melalui perjalanan kehidupan di dunia ini.

Untuk Abah Ummi, ucapan terima kasih diucapkan melalui panggilan telefon. Terima kasih kerana menyayangi, menjaga dan membesarkan anakmu ini. Jawapan Abah ialah "Alhamdulillah". Syukur Ya Allah kerana masih mengurniakan umur yang panjang buat Abah. Semoga Abah dikurniakan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur (jika itu yang terbaik untuk Abah dunia Akhirat).

Terima kasih juga Ummi tak lupakan buat Ayah mertuaku. Semoga Ayah dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur dan teruskan perjuanganmu. Ayah, terima kasih di atas kurniaan anakmu, suamiku yang terbaik untukku.
 
Terima kasih, Abah ! Terima kasih, Ayah ! Terima kasih, suamiku ! 

Thursday, June 09, 2011

::selamat bertunang::

6.6.2011 tarikh pertunangan anjang Aisyah. Selamat bertunang, tahniah dan jaga diri, ye anjang ^_^....
Majlis diraikan dengan sederhana. Hanya jiran tetangga dan saudara mara yang datang. Namun, kemeriahan tetap terasa.

Mummy Long datang dengan Abg. Aqeel. Aisyah dengan Abg. Aqeel tak berapa ngam la. Hehehe... Tapi, kalau tengok Upin Ipin, boleh pulak sama-sama. Biasalah, budak-budak baru jumpa sejak sekian lama (agak-agaknya nak dekat setahun jugak la kot) tak jumpa.

Ayah tak dapat join sekali sebab kerja. Ayah datang ambil Ummi dan Aisyah lepas habis kerja haritu. Sedihnya, ayah sampai lewat dan tak dapat nak merasa mee rebus yang menjadi hidangan petang tadi. Kami bertolak balik ke Manjung pukul 5.00pagi.

Semasa dalam perjalanan, ayah mengantuk. Kami melalui jalan highway kamunting-changkat jering. Keluar aje tol, Ummi tawarkan diri untuk memandu pulak dari changkat jering ke Manjung. Alhamdulillah, perjalanan lancar sehinggalah kami sampai di Manjung jam 7.00pagi. Aisyah masih tidur lena. Mudah la Ummi nak bersiap. Kena pergi KERJA !

Jam 7.30pagi, semua bersiap sedia untuk perjalanan ke destinasi masing-masing. Ayah naik motosikal ke tempat kerja dan Ummi hantar Aisyah ke rumah Opah Su sebelum ke tempat kerja Ummi. Tetapi, hari ini sangat mengantuk...*_*

Thursday, June 02, 2011

::Rindu::

Assalamualaikum w.b.t.

Hari yang dilalui penuh dengan rasa kerinduan kepada suami tercinta. Bukan hanya isteri, malah anak tersayang, Aisyah pun kelihatan rindu kat ayahnya. Baru beberapa jam ditinggalkan suami/ayah untuk pergi menunaikan tanggungjawab beliau di muka bumi Allah ni, dah rasa rindu. Kadang-kadang bila berjauhan sementara ni, ada baiknya.

Pagi tadi semasa hantar Aisyah, dia nampak lain sikit. Termenung je anak dara sorang ni. Mungkin teringat kat ayah. Selalunya, ayah akan ikut belakang dengan menaiki motosikal, atau dicium dan disayang. Tetapi hari ini, semua tu tak ada.

Doa Ummi mengiringi pemergian suami, semoga selamat pergi dan pulang, InsyaAllah. Aisyah pun sama ^_^

Wednesday, May 25, 2011

Permata Hati (^_^)

Assalamualaikum w.b.t.

Ketandusan idea untuk membuat entry terbaru. Walaubagaimanapun, kehidupan diwarnai dengan pelbagai amanah dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan sehabis baik kerana Allah s.w.t. Dari hari ke hari, perubahan mesti dilakukan. Perubahan ke arah kebaikan, tahap iman meningkat dengan pembaharuan niat dalam setiap apa yang kita lakukan. Ermmm, pesanan yang amat berharga buat diri untuk kebahagiaan di dunia hingga ke akhirat, InsyaAllah.

Ummi akan sentiasa merinduimu, buah hati pengarang jantungku, Aisyah Humaira :)


InsyaAllah, jumpa lagi !

Monday, May 09, 2011

Hari Ibu

Assalamualaikum w.b.t...

Selamat Hari Ibu buat mak....ucapan terima kasih di atas segala-galanya yang tidak akan terbayar oleh anakmu ini dengan apa sekali pun....hanya doa yang dipohon semoga dirimu sentiasa sihat dan berada di dalam ampunan, rahmat kasih sayang Allah s.w.t.

Selamat Hari Ibu buat mak mertuaku....juga ucapan terima kasih di atas segala-galanya...terima kasih kerana suamiku adalah anakmu yang telah engkau jaga sejak lahir...semoga diriku menjadi isteri solehah yang dapat meneruskan amanah itu buat anakmu, suamiku.....insyaAllah.

Selamat Hari Ibu buat diriku yang telah memiliki seorang anak perempuan yang diberi nama Aisyah Humaira Bt. Awis Kharni....semoga Aisyah menjadi anak solehah dan "sLave oF AllaH" yang soleh....memiliki akhlak yang mulia seperti mana Saidatina Aisyah R.A....


Selamat Hari Ibu buat seluruh wanita yang bergelar ibu. Kalian dikurniakan amanah oleh Allah s.w.t yang akan disoal kelak. Oleh yang demikian, mohonlah kekuatan daripada-Nya semoga amanah ini dapat dipikul dengan sebaik-baiknya. Cabaran sebagai ibu bekerja perlu dijadikan sebagai satu platform untuk menjadi yang terbaik terhadap anak dan rumahtangga.

Selamat Hari Ibu ! (^_^)

Tuesday, January 25, 2011

2 Years

For Yesterdays Memories, Today's Love And Tomorrow's Dreams,
I Love You So Much.
I Love You More Than Any Word Can Say.
Semoga Allah Terus Merahmati  Perjalanan Hidup Kita
Hingga Ke Syurga Yang Abadi, InsyaAllah...
We Have Been Married For 2 Years !
~Alhamdulillah~

Friday, January 21, 2011

::dEmaM::

Assalamualaikum.

Hari Rabu yang lepas, 19 haribulan, Aisyah demam. Kepala dia panas. Tak tahulah kalau dia demam nak pandai sesuatu yang baru. Hari ni masih lagi panas sikit. Kalau dia demam, manja tu lebih sikit. Asyik nak melekat je. Mujur dialah satu-satunya permata hatiku. Kalau dah ramai, susah juga nak handle. Ummi doa supaya Aisyah cepat sembuh, ameen.

Ikhtiar yang digunakan selain letakkan air asam jawa di sekitar kepala Aisyah :)
Doa + Usaha + Ikhtiar + Tawakal


Monday, January 17, 2011

Ziarah @ Cuti

Assalamualaikum.

Sejak akhir-akhir ni asyik berjalan-jalan aje aktiviti kami sekeluarga. Bukan apa, sekadar memenuhi tuntutan mengeratkan silaturrahim dan menunaikan hajat adik ipar saya. Beliau akan bertolak ke Yaman untuk menuntut ilmu di sana selama 2 tahun. Beliau akan meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak perempuannya ('Abidatul Husna, 1 1/2 tahun dan 'Abidatul Huda, 2 bulan) bagi menunaikan tanggungjawab menuntut ilmu.

Pada 8hb dan 9hb yang lepas, kami telah ke Pulau Pangkor, rumah abang ipar untuk ziarah dan sekaligus bercuti. Jom tengok aksi mereka semasa di atas bot.





 Di dalam bot...dah nak balik ke Lumut

InsyaAllah, jumpa lagi (^_^)

Tuesday, January 04, 2011

Cuti-cuti @ Cameron Highlands

Assalamualaikum

Jom tengok gambar yang ada di sepanjang kami bercuti secara ad-hoc di Cameron Highlands. (^_^)

BEE FARM
 Aisyah dengan Acu....Tok Wan kat belakang
 
 Ummi, Ayah dan Aisyah

 Kenapa ayah pegang perut ye?hehe..

 Abg. Firdaus, Tok Wan, Ateh & Kak Husna

SARAPAN PAGI

 Ummi pakai ape ni?...

 Nape tangan Aisyah lain macam je...heee

 Sedapnyer makan roti canai sejuk2 ni..

BILA DAH SAMPAI RUMAH OPAH @ BAGAN SERAI....

 Aisyah mabuk darat la Ummi.....

Permata Hati Ayah & Ummi