Thursday, June 09, 2011

::selamat bertunang::

6.6.2011 tarikh pertunangan anjang Aisyah. Selamat bertunang, tahniah dan jaga diri, ye anjang ^_^....
Majlis diraikan dengan sederhana. Hanya jiran tetangga dan saudara mara yang datang. Namun, kemeriahan tetap terasa.

Mummy Long datang dengan Abg. Aqeel. Aisyah dengan Abg. Aqeel tak berapa ngam la. Hehehe... Tapi, kalau tengok Upin Ipin, boleh pulak sama-sama. Biasalah, budak-budak baru jumpa sejak sekian lama (agak-agaknya nak dekat setahun jugak la kot) tak jumpa.

Ayah tak dapat join sekali sebab kerja. Ayah datang ambil Ummi dan Aisyah lepas habis kerja haritu. Sedihnya, ayah sampai lewat dan tak dapat nak merasa mee rebus yang menjadi hidangan petang tadi. Kami bertolak balik ke Manjung pukul 5.00pagi.

Semasa dalam perjalanan, ayah mengantuk. Kami melalui jalan highway kamunting-changkat jering. Keluar aje tol, Ummi tawarkan diri untuk memandu pulak dari changkat jering ke Manjung. Alhamdulillah, perjalanan lancar sehinggalah kami sampai di Manjung jam 7.00pagi. Aisyah masih tidur lena. Mudah la Ummi nak bersiap. Kena pergi KERJA !

Jam 7.30pagi, semua bersiap sedia untuk perjalanan ke destinasi masing-masing. Ayah naik motosikal ke tempat kerja dan Ummi hantar Aisyah ke rumah Opah Su sebelum ke tempat kerja Ummi. Tetapi, hari ini sangat mengantuk...*_*

2 comments:

  1. ummi, aisyah garang sangat la.Mumy pun takooot.tp mereka masih boleh main ball sama2..

    ReplyDelete
  2. okey, mummy long...aisyah suka menyakat..kalo abg aqeel nangis@marah, lagi la aisyah suka kacau...huhu..ummi nak kena cari kaedah how to handle dis prob :)

    ReplyDelete