Monday, June 20, 2011

::19 Jun 2011::

Assalamualaikum w.b.t

Entry kali ini Ummi nak catatkan bahawa 19 Jun 2011 merupakan hari lahir suami Ummi. Selamat Hari Lahir yang ke-31 tahun. Tidak lupa juga selamat hari bapa :) Terima kasih atas segalanya. Aisyah bertuah memiliki seorang ayah sepertimu. Ummi juga bertuah memiliki seorang suami sepertimu. Semoga keluarga kita sentiasa dirahmati, diberkati dan dikurniakan mawaddah wa rahmah dalam menyelusuri bahtera rumahtangga. Sentiasa mendapat petunjuk Ilahi  dalam melalui perjalanan kehidupan di dunia ini.

Untuk Abah Ummi, ucapan terima kasih diucapkan melalui panggilan telefon. Terima kasih kerana menyayangi, menjaga dan membesarkan anakmu ini. Jawapan Abah ialah "Alhamdulillah". Syukur Ya Allah kerana masih mengurniakan umur yang panjang buat Abah. Semoga Abah dikurniakan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur (jika itu yang terbaik untuk Abah dunia Akhirat).

Terima kasih juga Ummi tak lupakan buat Ayah mertuaku. Semoga Ayah dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur dan teruskan perjuanganmu. Ayah, terima kasih di atas kurniaan anakmu, suamiku yang terbaik untukku.
 
Terima kasih, Abah ! Terima kasih, Ayah ! Terima kasih, suamiku ! 

Thursday, June 09, 2011

::selamat bertunang::

6.6.2011 tarikh pertunangan anjang Aisyah. Selamat bertunang, tahniah dan jaga diri, ye anjang ^_^....
Majlis diraikan dengan sederhana. Hanya jiran tetangga dan saudara mara yang datang. Namun, kemeriahan tetap terasa.

Mummy Long datang dengan Abg. Aqeel. Aisyah dengan Abg. Aqeel tak berapa ngam la. Hehehe... Tapi, kalau tengok Upin Ipin, boleh pulak sama-sama. Biasalah, budak-budak baru jumpa sejak sekian lama (agak-agaknya nak dekat setahun jugak la kot) tak jumpa.

Ayah tak dapat join sekali sebab kerja. Ayah datang ambil Ummi dan Aisyah lepas habis kerja haritu. Sedihnya, ayah sampai lewat dan tak dapat nak merasa mee rebus yang menjadi hidangan petang tadi. Kami bertolak balik ke Manjung pukul 5.00pagi.

Semasa dalam perjalanan, ayah mengantuk. Kami melalui jalan highway kamunting-changkat jering. Keluar aje tol, Ummi tawarkan diri untuk memandu pulak dari changkat jering ke Manjung. Alhamdulillah, perjalanan lancar sehinggalah kami sampai di Manjung jam 7.00pagi. Aisyah masih tidur lena. Mudah la Ummi nak bersiap. Kena pergi KERJA !

Jam 7.30pagi, semua bersiap sedia untuk perjalanan ke destinasi masing-masing. Ayah naik motosikal ke tempat kerja dan Ummi hantar Aisyah ke rumah Opah Su sebelum ke tempat kerja Ummi. Tetapi, hari ini sangat mengantuk...*_*

Thursday, June 02, 2011

::Rindu::

Assalamualaikum w.b.t.

Hari yang dilalui penuh dengan rasa kerinduan kepada suami tercinta. Bukan hanya isteri, malah anak tersayang, Aisyah pun kelihatan rindu kat ayahnya. Baru beberapa jam ditinggalkan suami/ayah untuk pergi menunaikan tanggungjawab beliau di muka bumi Allah ni, dah rasa rindu. Kadang-kadang bila berjauhan sementara ni, ada baiknya.

Pagi tadi semasa hantar Aisyah, dia nampak lain sikit. Termenung je anak dara sorang ni. Mungkin teringat kat ayah. Selalunya, ayah akan ikut belakang dengan menaiki motosikal, atau dicium dan disayang. Tetapi hari ini, semua tu tak ada.

Doa Ummi mengiringi pemergian suami, semoga selamat pergi dan pulang, InsyaAllah. Aisyah pun sama ^_^