Wednesday, January 18, 2012

9 waktu mustajab nasihatkan anak-anak

Sangat sesuai untuk ibubapa yang mempunyai anak terutama yang sedang membesar dan memerlukan banyak bimbingan serta tunjuk ajar.

Sembilan waktu mustajab untuk ibu bapa nasihat anak walaupun hanya untuk seminit :

1-Sebelum anak tidur.
2-Ketika anak sedang tidur (bisikkan di telinga).
3-Selepas anak bangun tidur.
4-Selepas anak mandi.
5-Selepas anak solat.
6-Selepas anak membaca al-Quran.
7-Selepas anak berdoa.
8-Selepas anak beriadah.
9-Ketika emosi anak terangsang (contohnya selepas memarahi anak).

Ayat al-Quran yang digalakkan untuk diamalkan :

  • Surah al-Baqarah (apabila dibaca pada satu malam, selama tiga malam syaitan tidak masuk ke dalam rumah).
  • Surah al-Nahl, ayat 97 (amalan untuk mencapai kebahagiaan). Firman Allah yang bermaksud: “Sesiapa yang beramal salih, daripada lelaki atau wanita, sedangkan dia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkannya dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka kerjakan.”
  • Ayat akhir surah at-Taubah (baca 7 kali selepas solat fardu untuk mengharap pertolongan Allah). Firman Allah yang bermaksud: “Jika mereka berpaling, maka katakanlah (wahai Muhammad): Cukuplah Allah bagiku (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Kepada-Nya aku berserah diri dan Dialah yang memiliki ‘Arasy yang agung.”
 
Insyallah….Wallahualam.

Friday, January 13, 2012

::Our Little Caliph::

Semalam lepas habis kerja sempat la Ummi, Ayah dan Aisyah ke klinik Zarina. Nak scan si kecil dalam perut ni. Alhamdulillah, Ummi orang terakhir. Kalau ikutkan, kaunter pendaftaran dah nak ditutup. Kami sekeluarga dah kenal dengan doktor Zarina. Baik orangnya. Aisyah selalu dapat 'gift' kalau ke sana. Semalam dapat la dia 2 biji belon. Tapi kena tiup sendiri la... Itu pun boleh pulak mintak untuk Ummi. Katanya, "Ummi nye !..."

Semasa proses scan, Ayah dan Aisyah pun tengok sekali. Alhamdulillah, si kecil ni aktif bergerak. Nampak tangan, kaki, mata dan hidung. Apa yang mengujakan Ummi dengan kekuasaan Allah, semasa scan si kecil tu menunjukkan jari telunjuknya. Seperti menunjuk menyatakan bahawa "tu kakak Aisyah, tu Ummi, tu Ayah...". Heee...Jantina pun dah nampak. Cuma doktor dan Ummi pun tak yakin sepenuhnya kerana itu semua ketentuan Allah. DIA berkuasa menjadikan sesuatu mengikut perancanganNYA. Doktor pun kata, wAllahua'lam. Berat si kecil 640 gm dah.

Syukur Ya Allah atas kurniaan Mu. Semoga kami sekeluarga menjadi hambaMu yang taat, syukur dan beriman sehingga ke akhir hayat kami. Amin.

Wednesday, January 11, 2012

Kenaikan 0.1 Sahaja !

Seperti dijanjikan, semalam ada temujanji klinik. Keputusan hb darah 9.8 je ! Hanya naik 0.1...ermmm...tapi, nasib baik tak kena jumpa doktor sebab Ummi dah kelaparan la. Jam masa tu menunjukkan pukul 10.00 pagi. Ummi datang dari pukul 8.00 pagi tanpa sarapan apa-apa pun lagi.

Cuma semalam, ada pengetahuan baru yang diperolehi. Sementara menunggu giliran jumpa nurse untuk check perut, Ummi dengar ceramah ringkas berkaitan penjagaan gigi anak dan ibu mengandung. Rupanya gigi Aisyah rosak sikit kat depan tu mungkin disebabkan oleh botol susu yang dia hisap waktu malam. Doktor gigi kata, tak boleh dibiarkan botol susu melekap pada mulut anak sepanjang malam. Kandungan gula yang ada pada susu, berada pada gigi dan merosakkan gigi sepanjang malam tersebut. Apa yang perlu dilakukan adalah, setelah anak habis minum susu botol, ambil botol susu dan lap mulut serta gigi@gusi anak.

Semoga bermanfaat ! (^_^)

Monday, January 09, 2012

::23 weeks::

"Ya Allah,peliharakanlah anakku selama di dalam kandunganku dan sembuhlah segala penyakit. Sesungguhnya Engkau Maha Penyembuh dan tiada sembuhan melain dengan penawar-Mu. Ya Allah, lahirkanlah dari kandunganku ini dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera. Ya Allah, jadikanlah anakku ini sihat, sempurna, cerdik, berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah, elokkanlah perangainya, fasihkanlah lidahnya dan merdukanlah suara untuk membaca Al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w"

Esok Ummi ada temujanji klinik. Nurse akan check hb darah sebab hb Ummi 9.7. Kalau ikutkan usia kandungan Ummi, temujanji hanya akan dibuat sebulan sekali. Disebabkan hb darah kurang daripada 11, Ummi kena check-up dua minggu sekali. Nurse kata, kalau hb masih kurang, kes Ummi akan dibawa jumpa doktor esok. Apa-apa pun, tunggu je apa akan jadi esok. 


Semoga Ummi dan anak dalam kandungan Ummi dirahmati Allah selalu....amin.



Friday, January 06, 2012

::Ragam Si Anak::

Aisyah dah ada ragamnya tersendiri. Pening juga fikir mcmana nak uruskan ragam dia dengan bijak.
-tak mau pakai pampers (drypers).
 Kadang-kadang tak mau pakai seluar dan baju.

Mcmana tu?...

Biasanya akan berlaku waktu nak tidur. Sebelum tidur, Ummi akan tukar drypers dia. Ada kemungkinan sesaje buat mcmtu sebab nak main dengan Ummi. Iyela, dah kena tinggal sehari di rumah pengasuh. Nak kan perhatian. Maybe.

Apa-apa pun, semoga Aisyah membesar dengan didikan yang baik, InsyaAllah !