Tuesday, October 25, 2011

::Kali Kedua::

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ni adalah hari untuk Ummi buat buku merah (buku mengandung). Pergi ke klinik jam 8.30 pagi dari ofis. Sampai di klinik kesihatan KDSK, teruja sebab ramainya orang. Tapi Ummi kena buat jugak buku merah hari ni. Kalau tak, entah bila la nak kena mula. Alhamdulillah, proses bermula seperti Ummi mengandungkan Aisyah dulu. Bawa buku merah yang lepas dan salinan sijil nikah. Tiba giliran Ummi, check tekanan darah dan berat. Tunggu lagi, dan dipanggil semula untuk bersama-sama nurse isi buku baru. Setelah selesai isi, Ummi kena check air kencing dan darah pula. Seterusnya, tunggu lagi untuk giliran jumpa nurse check perut.

Lebih kurang jam 10.30 pagi, baru Ummi masuk bilik nurse. Pengetahuan baru yang Ummi dapat ialah berkenaan hb darah (kepekatan darah). Selepas Ummi melahirkan Aisyah dulu, hb darah Ummi turun hingga 8 (kalau tak silap Ummi). Disebabkan itu, Ummi tak boleh bangun seperti ibu-ibu bersalin yang lain. Keesokan harinya, baru Ummi boleh bangun. Itu pun pening-pening. Nurse beri nasihat supaya selepas ni, buat perancangan keluarga. Ini kerana, bahaya sekiranya turun darah yang banyak ketika bersalin disebabkan oleh hb darah yang kurang, lambat beku. Lagipun, Ummi dah ada sejarah....(Ya Allah, lindungilah hambamu ini..) Kemudian, nurse check mata, breast, perut dan kaki (jika ada bengkak). Hari ni juga, Ummi kena jumpa doktor. Mungkin sebab sejarah kelahiran dulu. Next check-up lagi dua minggu (kerap sebab hb Ummi kurang), 9.11.2011 (Rabu).

Tunggu lagi untuk giliran masuk ke bilik doktor. Tapi kali ni, tak ramai. Ummi orang ketiga. Masuk je bilik doktor, Ummi kena baring untuk diperiksa perut dan kaki. Doktor nampak ada urat di kaki seperti bengkak/tegang. Soalan doktor; "Sebelum ni mengandung kaki bengkak ke?". Ummi jawab; "ada sikit..tapi masa selepas melahirkan dulu, kaki ada jadi tegang/tarik urat". Kemudian, doktor minta Ummi duduk, kedua-dua tangan ke hadapan dan jari diluruskan sambil direnggangkan. Doktor pesan, tak perlu pakai cincin, nanti tak muat nak buka, doktor akan potong je. Sebab nampak cincin yang Ummi pakai macam dah nak ketat je. (Ikut aje le pesan doktor...)

Doktor tulis dalam buku, 20.12.2011 kena minum air gula dan 21.12.2011 untuk scan perut. Jumpa doktor gigi pada bila-bila masa. Kesemua prosedur ni Ummi kena ke klinik di Sitiawan. Semoga Allah permudahkan, insyaAllah.

Itulah pengalaman Ummi untuk kali kedua ni. Ummi mengharapkan agar Allah s.w.t merahmati, melindungi dan kami sentiasa dalam kasih sayang Nya. Semoga anak yang dikandung ini menjadi anak yang soleh solehah, menjadi muslim yang mukmin, berjaya dunia dan akhirat. Amin.