Assalamualaikum.
Petang semalam ummi dan ayah ambil Aisyah di rumah pengasuh juga merangkap gelaran Opah Su dan Tok Su pada Aisyah. Bukan main suka dia bila nampak ummi dan ayah datang. Tersenyum lebar. Kalau tengah duduk, boleh merangkak meredah je apa yang ada kat depan dia. Kalau tengah didukung, dia akan meronta-ronta nak suruh ummi atau ayah ambil dia sambil tersenyum dan goyang-goyang kaki.
Masa ummi ambil, Aisyah tengah senyum, ummi nampak macam ada sesuatu warna putih di gusi dia. Wah, anak ummi dah tumbuh gigi ! Tumbuh kat bahagian atas sebelah kiri.
Nampaknya Aisyah mula tumbuh gigi masa umur 8 bulan 2 minggu. Memanjat kusyen di rumah dan apa-apa sahaja yang boleh dipegang untuk dia berdiri pun dah pandai.
Begitulah perkembangan anak ummi dan ayah setakat ni. Dinukilkan di dalam blog ummi untuk dijadikan kenangan bila Aisyah dah besar nanti. Ummi dan ayah mendoakan agar Aisyah membesar dengan sihat dan menjadi anak solehah yang diredhai Allah hendaknya, amin.
No comments:
Post a Comment