Monday, June 15, 2015

Dah Yang ke-4.....insyaAllah

Assalamualaikum w.b.t.

Merenung melihat blog sendiri yang dah tak ter'update"...dok rajin follow blog orang lain.

Tengok tajuk entry pun dah yang ke-4. Alhamdulillah reseki anak dari Ynag Maha Esa. Sekarang ni Ummi dah mengandungkan anak ke-4. Usia kandungan dah pun mencecah 29 minggu.

Setiap kandungan berbeza ujian dan mehnah yang dilalui. Kali ni 1st time ummi kena buat 4D scan atas nasihat doktor. Bukan atas kerelaan dan kemahuan sendiri tau. 3 orang anak ummi yang sebelum ni semua scan biasa je dengan klinik. Kenapa ye?

Masa check-up bulan lepas doktor dapati kandungan terlebih air ketuban. So, doktor nasihatkan untuk buat detail scan (4D). Di Manjung hanya ada satu klinik swasta yang buat detail scan ni (4D). Ummi pun call nak dapatkan maklumat harga dan temujanji. Pekerja Klinik Sejati (klinik swasta yang Ummi maksudkan) bagitau sekarang ni dah tak ada scan 4D, tetapi terus 5D. Harganya..........fuhhhhh...........RM310.

Bincang dengan suami dulu. Telefon doktor yang buat check-up bulanan untuk dapatkan kepastian. Doktor nasihatkan untuk buat detail scan supaya boleh dapat detect kalau-kalau ada yang abnormal pada bayi dalam kandungan. Sebab ummi minta buat 3D sahaja. (Price below RM100 je). Bukan berkira bab anak, tetapi nak dapatkan kepastian.

Petang 11.6.2015 (Khamis), Ummi dan suami ke Klinik Sejati seperti yang dijanjikan. Sebelum masuk bilik doktor, ummi kena check air kencing dan timbang berat. (Banyaknya naik berat badan....aduh). Semasa doktor buat scan biasa, doktor kata air ketuban ok. Yang lain-lain pun ok. Pergi satu ke satu posisi bayi. Hanya menggunakan scan 3D. Kiraan jumlah jari kaki dan tangan normal. Syukur. Cuma satu je yang baby tak nak tunjuk kat ummi dan suami. Heeeee......wajahnyer...

Alhamdulillah...moga anak ummi membesar dengan sihat dan sempurna, menjadi anak soleh ummi dan ayah. Anak ynag mudah mendengar kata kebaikan dan anak yang dilindungi Allah dari segala kejahatan dan fitnah dunia akhir zaman. Amin.


Friday, September 12, 2014

Review Tentang Ephyra (Part 1)

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ni penghulu segala hari iaitu hari Jumaat yang penuh barakah buat seluruh umat Islam. Beramallah sebaik mungkin ye kawan-kawan untuk kita ambil fadhilatnya.

Hari ni nak cerita pasal produk ephyra yang saya baru ambil hari ni. Wah, teruja sekejap.

Kenapa saya teruja dengan produk ni?

Ha, sebab antara khasiat dan kelebihannya ialah menambahkan susu ibu! Kira macam produk milk booster tu. Tapi ephyra ni bukan khusus untuk ibu menyusu sahaja. Banyak lagi khasiatnya. Jom kita tengok apa kelebihan ephyra ni.

KHASIAT


  • Menyerlahkan kejelitaan wajah
  • Meningkatkan keanjalan dan kehalusan kulit
  • Membantu memulihkan kulit yang bermasalah
  • Membantu menentang penuaan
  • Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus
  • Membantu melancarkan sistem pencernaan
  • Mengurangkan tahap kolestrol
  • Membantu membekalkan tenaga
  • Meningkatkan metabolisme
  • Memelihara sistem kardiovaskular
  • Menjadikan rambut yang lebih sihat, lembut dan bersinar

KANDUNGAN

Kolagen Marin: Kolagen merupakan struktur protein utama yang terkandung dalam tisu penghubung manusia dan hidupan lain seperti ikan dan mamalia serta kaya dengan khasiat untuk kesihatan tubuh badan manusia termasuklah pada bahagian kulit. Kolagen berupaya mengekalkan dan meningkatkan kehalusan dan keanjalan kulit di samping menggalakkan proses pemulihan luka, mengurangkan kesan parut dan kedutan serta menentang proses penuaan kulit. Selain itu, kolagen juga berperanan membakar lemak, memelihara sel-sel tubuh dan meningkatkan tahap metabolisme sekaligus membantu mengurangkan berat badan yang berlebihan.

Acai: Beri Acai merupakan tumbuhan yang sering terdapat di hutan hujan Amazon dan mengandungi pelbagai khasiat untuk memelihara kesihatan. Acai bersifat antioksidan yang mampu mengurangkan kesan radikal bebas sekaligus membantu mencegah daripada penuaan dan kerosakan sel. Selain itu, Acai turut berfungsi membekalkan tenaga kepada tubuh badan selain berupaya menyahtoksin, memperbaiki tona kulit agar ia lebih sekata, dan melancarkan lagi peredaran darah seterusnya menggalakkan fungsi organ dalaman.

Gam Akasia (Gam Arab): Gam Akasia atau Manna kaya dengan serat dan membantu mengurangkan kolestrol, selain berfungsi untuk membantu dalam menyerap nutrien dan meningkatkan sistem imun dengan sifatnya sebagai bahan prebiotik. Di samping itu, ia turut berupaya mengatasi masalah kulit yang tidak anjal dan membantu memulihkan cirit-birit dan perut kembung.

Tomato: Tumbuhan yang sering menjadi ramuan dalam produk kecantikan ini tidak dinafikan khasiatnya untuk mengekalkan kesihatan dan kecantikan kulit. Tomato terbukti dapat mengecilkan pori-pori, menghilangkan bintik-bintik hitam, mengawal penghasilan minyak pada wajah, mengekang pertumbuhan jerawat di samping mengatasi masalah kulit kusam dan melindungi kulit daripada sinaran ultraungu yang boleh merosakkan kulit.

L-Glutathione: Sejenis asid amino yang juga dipanggil Gluta ini berperanan sebagai anti-oksida yang paling berkesan untuk mencantikkan kulit. Ia terbukti mampu mengatasi masalah kulit yang kemerahan, bersisik dan kering di samping membantu mempercepatkan pemulihan luka. Di samping itu, bahan ini turut berupaya menyahtoksin dan meneutralkan radikal bebas sekaligus membantu menentang penuaan dan kerosakan sel.

Astaxanthin: Astaxanthin yang merupakan pigmen organik ini bersifat antioksidan yang berperanan meneutralkan racun dalam tubuh badan selain membantu menentang penuaan dan merawat kerosakan kulit yang diakibatkan oleh sinaran ultraungu.
Ceri Acerola: Ceri Acerola sangat kaya dengan vitamin A, B1, B2, B3 dan C serta karotenoid dan bioflavonoid yang mengandungi khasiat yang efektif untuk menjadikan kulit lebih sihat, muda dan bebas dari bakteria dan penyakit yang akan merosakkan kulit. Ia juga bersifat antioksidan yang berupaya meneutralkan radikal bebas sekaligus membantu menentang penuaan dan kerosakan sel.

Bunga Marigold: Bunga yang berasal dari Eropah ini mempunyai sifat antiseptik bagi mengatasi masalah kulit seperti jerawat, eczema dan luka. Selain itu, Marigold turut kaya dengan kandungan flavonoid yang berfungsi sebagai agen antioksida untuk meneutralkan radikal bebas sekaligus membantu mencegah penuaan dan kerosakan sel

Fruktosa: Fruktosa merupakan gula yang bersumberkan buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan seperti tebu, madu dan telah digunakan sejak era 1850-an. Fruktosa tidak mengakibatkan peningkatan atau pengurangan tahap gula dalam darah secara mendadak sekaligus sesuai untuk penggemar makanan manis yang menghidap diabetes ataupun yang ingin mengawal berat badan.

Maltodekstrin: Sebatian yang dihasilkan daripada kanji ini terdiri daripada molekul glukosa yang berupaya membantu membekalkan kerbohidrat dan tenaga kepada tubuh bahan dan mengekalkan tahap gula dalam darah sekaligus membantu mengurangkan risiko penyakit diabetes.


Ha, macamana? 

Ok, kan. Saya cuba pek trial dulu. Rasa oren sebenar. Ni gambar produk Ephyra tu.


Kalau kawan-kawan atau sesiapa pun berminat, ada harga kasih sayang tau. Jom terjah blog Aku Bukan Bidadari
 
Insya-Allah moga mendapat manfaat. Kita berusaha dan selebihnya diserahkan kepada Yang Maha Kuasa.


Thursday, June 12, 2014

Dah Setahun Rupanya....

Bismillahirrahmanirrahim.

Lamanya dah tak update blog ni. So, hari ni tukar mood nak update blog, tukar sekali dengan background colour supaya bagi nafas baru kepada pemilik blog ni untuk update lagi dan lagi. Usaha!

Banyak kisah diri, keluarga dan anak-anak yang tak disimpan dalam ni. Sampai la dah lahir anak yang ketiga. Setahun lebih tu! Macam-macam kisah suka dan duka, pahit dan masam. Heee...

Ok, start from kisah yang tinggal lagi 15 hari je lagi nak menyambut kedatangan bulan yang penuh rahmat, keampunan dan barakah, bulan Ramadhan. Puasa ganti dah settle. 1 hari aje pun. Itu pun sebab tahun lepas berpuasa semasa tengah mengandungkan anak ketiga. SubhanAllah, macam-macam pengalaman sejak dah 3 kali mengandung dan melahirkan. Sesungguhnya amat bererti kasih dan pengorbanan seorang ibu. (mood teringat kat mak yg sedang menjalani rawatan kanser di HKL).

So, persiapkanlah diri sahabat sekalian untuk menghadapi Ramadhan yang akan datang ni. Buat planning apa yg kita nak rebutkan sepanjang bulan Ramadhan tu. Puasa yang bagaimana, ibadah sunatnya, yang wajib apatah lagi, bacaan al-quran, sedekah dan sebagainya. Hiasilah sebaik mungkin buat bekalan kita jugak di akhirat kelak.

Aisyah Humaira, Raihana Izzati & Muhammad Fateh

Thursday, August 09, 2012

::Erti Bahagia::

Assalamualaikum.

Dah lama tak menaip di dalam blog ni. Sekadar hanya buka dan lihat2 sahaja. Entah, tak ada peluang masa dan kesempatan untuk menaip. Tapi, hari ni tetiba rasa nak menulis sesuatu di dalam blog. Kenapa? Sebabnya pagi tadi berkesempatan untuk mendengar motivasi pagi dari siaran radio ikim.fm. Rasa nak kongsi bersama.

Motivasi berkaitan erti bahagia. Ada 4 perkara yang dikatakan "bahagia" menurut ajaran Islam. Nak tahu? Ha, kat bawah ni UmmuAisyah senaraikan secara ringkas. Tak perlu lah 'explain' panjang2 ye...sekadar perkongsian kita bersama...

1) suami isteri yang soleh - kena sentiasa 'upgrade' diri ye!
2) rumah (kediaman) yang bersih dan selesa - tak kisah la rumah sendiri @ sewa. Apa yg penting, ada bilik utk suami isteri, anak lelaki, anak perempuan dan lain2 keperluan seperti dapur, bilik air, ruang tamu dsgnya.
3) kenderaan yang selesa - boleh bawa kita ke destinasi yang diredhai Allah :)
4) jiran yang baik - xde gaduh-gaduh dan bermasam muka

Sekian dulu utk entri kali ini. InsyaAllah bertemu di lain 'post' ye.

~ummuAisyah@ummuFateh ~

Tuesday, March 13, 2012

sakit@32 minggu


Bagi wanita yang mengalami kesakitan atau ketidakselesaan pada bahagian abdomen bawah, dan telah menjalani ujian dan pemeriksaan doktor, saya nasihatkan agar banyak bersabar.

Seperti mana yang saya selalu tuliskan, dengan bersabar, minda kita akan mudah menerima ujian Allah ini dan tubuh kita akan lebih mudah menerima kesakitan ini.

Jangan banyak berfikir tentang kesakitan dan ketidakselesaan itu, amalkan membaca al Quran dan zikir yang sahih. Petua-petua ini telah menjadi amalan berkurun-kurun oleh solefussoleh, isteri dan anak-anak mereka. Semoga Allah memberikan kita kekuatan untuk bersabar dan berjuang untuk terus menjalani kehidupan. Ameen.