Friday, September 09, 2011

::Adik::

Assalamualaikum.

Aisyah begitu teruja bila disebut "baby". Ummi tanya "Aisyah nak baby tak?" Aisyah jawab, "baby, baby...". Masa tu Aisyah akan senyum lebar. Ummi dan ayah seronok tengok Aisyah. Tapi, rezeki nak dapat adik belum ada lagi.

Hari Selasa (6hb. Sept. 2011) yang lepas, Ummi sesaja je nak buat 'pregnancy test'. Waktu test dibuat tengahari pulak tu. Macam tak sabar je dan tak boleh tunggu esok pagi. Macam tak percaya dengan keputusan yang Ummi dapat. Apa pun, Alhamdulillah, Aisyah akan dapat adik juga akhirnya.

Hari Khamis (8hb. Sept. 2011) jam 8.30 malam, Ummi, Ayah dan Aisyah ke klinik Dr. Zarina untuk buat pengesahan yang Ummi betul-betul mengandung. Ujian yang dibuat doktor menyatakan bahawa Ummi mengandung genap 6 minggu hari tersebut. Tekanan darah Ummi rendah. Doktor nasihatkan supaya Ummi banyakkan minum air. Tarikh jangkaan untuk Ummi bersalin ialah 5hb. Mei 2012, insyaAllah.

Mudah-mudahan keluarga kita dirahmati, diberkati dan dikurniakan anak-anak yang soleh solehah di dunia hingga akhirat, amin.