Friday, August 12, 2011

Majlis Iftar Jamaie

Assalamualaikum w.b.t.

Salam Ramadhan Al-Mubarak. Hari ni dah 12 hari kita berada di bulan penuh barakah. Fasa pertama dah lepas. Semoga kita diberikan rahmat oleh Allah s.w.t. hendaknya. Sekarang ni kita berada di fasa yang kedua, iaitu fasa keampunan. Moga keampunan Dia dapat kita peroleh, InsyaALLAH.

Pada tarikh 11 Ramadhan 1432H, bersamaan 11 Ogos 2011 (Khamis), telah diadakan Majlis Iftar Jamaie di rumah sewa saya. Majlis ni dihadiri oleh muslimat@nisa' je. Ayah Aisyah berbuka di surau. Kami dah lama tak berkumpul ramai-ramai seperti hari ini. Bila berkumpul, macam-macam cerita ada. Syukur Ya Allah, atas kurniaan perkenalan dan pertemuan ini. Semoga ukhuwah kita kekal hingga ke syurga.

Jam 7.00 petang, sahabat-sahabat mula sampai di rumah. Sambil layan Aisyah, terpaksa jugak la meminta sahabat buat seperti rumah sendiri. Mula menyiapkan hidangan berbuka. Juadah berbuka amat meriah. Tuan rumah menyediakan nasi, air, sayur , ikan masin dan sambal belacan. Itu sahaja yang tuan rumah sempat sediakan selepas pulang dari kerja. Sahabat lain bawa pelbagai jenis makanan. Ikan dan ayam masak lemak cili padi, udang masak pedas, kuih-muih, tembikai dan mempelam.

Seusai berbuka dengan menjamah kurma, air dan kuih-muih, kami bersiap-siap untuk menunaikan solat maghrib berjemaah. Selesai solat, kami bersiap-siap untuk makan makanan berat@nasi. Alhamdulillah, syukur atas nikmat rezeki yang Allah kurniakan. Makanan yang tidak habis, diagih-agihkan untuk di bawa pulang ke rumah masing-masing. Majlis berakhir sekitar jam 9.00 malam. Ada yang pulang ke rumah dan ada yang ke surau untuk menunaikan ibadah seterusnya bagi merebut ganjaran pahala berganda di bulan mulia ini.

Syukran sahabat-sahabat dan tuan rumah memohon maaf dengan segala kekurangan yang ada di sepanjang majlis ni berlangsung.